Nuffnang Header

Tuesday, January 18, 2011

Save the date

Orang larang tuh ada sebabnya, bila dah kena amik itu sebagai pengajaran dan jangan buat lagi. Macam ni eh perangai budak remaja lelaki yang baru nak membesar?


Pada yang mengikuti twitter aku, mungkin tertanya tanya apa benda yang aku marahkan petang tadi. Sebenarnya ini ceritanya.



Petang tadi dapat bad news dari Wana cakap Abuzar bawak moto abah senyap senyap then accident terlanggar orang. Mengucap panjang aku tahu tak. Siapa yang tak terkejut. Budak setahun jagung yang tak pernah langsung di beri permission oleh mama untuk tunggang mahupon membonceng motosikal TIDAK SAMA SEKALI, tiba tiba pergi bawak motosikal. Senyap senyap pulak tuh haish panas aku. Bawak senyap senyap dah kesalahan pertama lepas tuh pergi pulak langgar orang haish lagi panas aku. Time tuh aku hanya fikir hidup dan mati je. Nasib baik budak India yang dia pergi langgar tuh takda apa apa. Cuma rasa geram kat budak tuh bila dia mintak ganti rugi yang tak sepatutnya dia mintak berdasarkan kecelakaan motonya yang takda lah teruk mana pon.



Along lah paling takut sekali bila dapat call dari Abuzar sendiri. Kebetulan Mama, Abah takda pergi Kota Kinabalu for 4 days. Esok pagi baru balik. So sebagai anak sulung yang telah diberi amanah oleh Mama,Abah untuk jaga adik adik dia lah orang yang paling cuak sekali.



Dah lah semalam baru dengar news pasal budak tingkatan 3 mati then kena tanam belakang sekolah gara-gara motosikal. Tiba tiba adik sendiri buat benda yang sama. Mana tak cuak. Langgar dengan orang India pulak tuh. Orang India mana boleh buat main main. Kang dia pergi belasah adik aku tak pasal pasal pulak. Mujur lah adik aku takda apa-apa.



Moto abah side mirror belah kiri patah dan ada calar sikit. Abuzar dah nangis nangis masa cakap dengan abah pasal moto dia. Ha, tau pon takut. Masa bawak tak tahu pulak takut. Nak bagi kena kat batang hidung sendiri baru nak menyesal. grrrr



Ingatkan duduk rumah sorang sorang pandai lah jaga diri ini tak makin menjadi jadi pulak. Memang lepas ni kena grounded lah kau. Degil sangat.



Cuba jadi macam Ustaz Amirul ni baik jee



fuhh lemah semangat aku bila fikir balik. Kalau ikutkan hati rasa macam nak cekik cekik je budak sekor tuh. Suka sangat buat benda tanpa fikir baik, buruknya. Nasib baik aku kat Cyber kalau tak dah lama kena maki hamun.




Abuzar, Abuzar, setiap kali awal tahun je mesti ada problem kau create kan. Dulu kes kena pau, last year pasal orang tuduh kau mencuri duit 50 cent sampai mama kena menghadap guru disiplin nak bersihkan balik nama kau. Tahun ni pulak kes ni. Haish! Kes kau ni dah macam piala marathon yang kau kumpul everyear masa darjah 1 sampai 6 tuh tau tak. Sama banyak. Yang bezanya makin lama makin teruk. Makin besar makin menjadi jadi pulak perangai. Ingat wehh kau seorang je anak lelaki tunggal family. Cuba behave sikit.



P/S : Post ini dibuat bukan untuk mengaibkan adik sendiri tapi untuk memberi pengajaran pada dia agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Take noted, SAVE THE DATE!

3 comments:

Qamarul Sahid said...

alaa tula beza anak laki ngn pompuan..

kecik2 nakal..
dah besar nti baik punyer..

e y R a said...

tapi nakal dia buat org risau tau tak. Okay fine itu lah beza anak lelaki dgn perempuan.

ScHaN ® said...

apo la.. biasa la tu lelaki nakal.. xnakal xlelaki la.. ;p

ala.. skit je tu.. rempit la best!

Nuffnang Content