Since member baik aku kat sekolah dulu, Wana dah bertukar dari Uitm Segamat ke Uitm Shah Alam so hari ni aku mengambil peluang tengah study week ni untuk join dia attend class sekejap :) Kebetulan dia memang dah lama berkeinginan nak jumpa aku tapi disebabkan faktor kelas dia yang tak menentu tuh akhirnya kita orang meet up jugak. Meet up pon just teman dia pergi kelas, balik kelas. Tapi takpa lah, dalam borak borak panjang boleh jugak explore sistem pembelajaran University lain ya dak?
Pada mulanya aku ingat, faculty si Wana ni dekat Uitm Puncak Alam yelah bukan main semangat lagi aku bila dia ajak teman pergi kelas tapi alih alih dalam kereta baru tahu sebenarnya faculty dia dalam Uitm Shah Alam je =_= Terus punah harapan nak pergi Uitm Puncak Alam yelah setakat Uitm Shah Alam dekat dengan rumah tuh aku pon pernah masuk. Ini Uitm Puncak Alam tak pernah kottttt :(
Tapi its okay. Pernah masuk Uitm Shah Alam pon tak semestinya dah pernah explore kesemua bangunan bangunan kat sana kan. Masih lagi tempat yang aku baru tahu kewujudannya :) So far yang aku tahu pon bangunan faculty engineering je sebab faculty engineering je bangunan yang paling besar. mengada tak? :) Lagi faculty, erm, faculty Mama kot. Nama faculty aku tak sure tapi yang aku tahu Mama amik course food teknology so aku assume Faculty food! :) yang the rest pulak semua aku assume hanya bangunan je.
Perkara pertama yang aku nampak perbezaan diantara Uitm Shah Alam dengan MMU Cyberjaya ialah Uitm Shah Alam campus lagi besar! Dah lah besar berbukit bukit pulak tuh. Kalau kat MMU nak jalan kaki pergi faculty sendiri yang dikatakan tersangattttttt lah jauh dari hostel boleh tahan lagi tapi kalau Uitm Shah Alam nak jalan kaki pergi faculty kirim salam lah. Even orang yang bawak kereta sendiri pon kena park kereta dekat kawasan parking kereta yang lapang then kena naik bas Uitm yang disediakan untuk ke faculty sendiri.
Since susunan bangunan faculty ke faculty Uitm Shah Alam sangat rapat, parking space yang disediakan di faculty masing masing tidak mencukupi bagi menampung bilangan student Uitm yang semakin banyak. Jadi parking space yang disediakan hanyalah untuk kegunaan staff dan lecture disana sahaja. Bagi student yang berkenderaan, mereka dikehendaki menaiki bas percuma yang disediakan. Nak tak nak kena naik bas jugak kalau kau rasa kau taknak jugak suka hati kau lah pergi cari parking sendiri. Itupon kalau nasib baik jumpa, kalau jumpa pon mungkin kena clamp kot sebab staff punya muahaha :)
Disebabkan bas cuma akan bergerak jika orang dah ramai, so kalau lambat datang kelas tuh kira paham paham je lah. Macam si Wana ni. Kelas pukul 3 petang, pukul 3:20 baru sampai kelas. Kalau orang lain tuh mungkin normal tapi bagi aku itu abnormal. Biasalah orang macam aku ni. Punctual is punctual sebab bagi aku, first minit of the lecture tuh lah yang sangat penting. sebab apa? sebab aku nak chop duduk depan! hehe itu salah satu faktor. faktor yang kedua pulak sebab selalunya bila kelas nak bermula lah lecture baru nak announce benda penting especially bila lecture said " THERE WILL BE NO LECTURE/TUTORIAL CLASS FOR NEXT WEEK' so kalau lambat kan tak tahu kelas takda :P
Dah lah aku rasa aku dah banyak cakap. Marilah bergambar!
Pembelajaran telah pon bermula. Tengok slides dia. Dalam BM wooo :)
Si adik manissss, Wana
Si comel
After 1 hour of the lecture, tetiba ada presentation pulak.
Tajuk yang diberi giler senang okay! Totally belajar masa amik Sejarah dulu. Present pasal budaya kaum Melayu, India dan Cina. Easy mesy huh?
Yang sangat tak paham, at the end of the presentation dorang kena menyanyi lagu nasyid dan dorang pilih lagu Sumayyah. =_=
Masa group ni tengah presentation, Wana ajak jalan jalan around campus jap. actually takda lah jalan mana pon. Pergi tandas, turun tangga :) tapi masih berjalan jugakkan. Jalan jalan pergi library. Haruslah kan.
Setiap faculty ada library sendiri. Takda besar mana kecik je. Tapi takda lah kecik mana pon. Haha apa aku cakap ni. Maksudnya tak kecik,tak besar. Size sederhana je. Tapi best lah setiap faculty ada library sendiri. MMU ada 1 library je :( Kat situ lah kita jumpa pelbagai jenis student dari faculty yang berbeza. Kalau member aku yang ber faculty kan Pengurusan Perniagaan ni, jumpa lah dengan orang orang Finance, HR, Marketing dan seangkatan dengannya sahaja dalam ni.
Yang ni kelas kelas je. nothing much. Wana tak bawak aku pergi sana pon :(
Kalau nak balik pulak, naik balik bas yang sama untuk ke parking space. Naik bas yang meghala ke laluan A ya. Kalau yang menghala ke laluan F,G,H, I tuh jangan tanya aku! aku tak tahuuuuuuuuuuuu :)
Ini gambar tengah tunggu bas tapi mana basnya?
Ini gambarnyaaa. Always full with student.
So as a conclusionnya, AKU TERASA RAMAI GILERRR BUDAK MELAYU LELAKI DALAM UITM NI!! eh eh apasal ter caps lock ni :) Kalau marah memang macam ni lah. Aku ingat dah pupus weiii rupanya wujud lagi. Almaklum lah jalan jalan dalam campus sendiri asyik jumpa yang pelbagai bangsa je. Bangsa sendiri boleh kira dengan jari lah!Itu tak termasuk lagi course-mate. Takda langsung. Okay lah itulah conclusion nya.
THE END! :)
P/S : Dulu pernah teman along pergi kelas kat Unisel Batang Berjuntai. Masuk kelas dia, masuk faculty dia engineering, belajar sama sama and now finally hajat nak tengok sistem pembelajaran Uitm pulak terlaksana. yehaaa :) Dulu ada jugak hajat teringin nak masuk Politeknik Shah Alam tapi takda siapa nak bawak until now :( Siapa yang sudi nak bawak eyRa Zahira masuk campus korang sila angkat tangan! Except MMU pleaseeeee
1 comment:
Mahsa university college jom! haha
Post a Comment