Nuffnang Header

Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011

Baru perasan, entry Raya tak buat lagi kan hikhik. Okay hari ni nak buat! :) Erm, as you o'lls know, tahun ni balik kampung Mama di Kodiang, Kedah. Dah lama tak balik kampung! Last time balik masa kak chik kawin March 2009. Disebabkan kak chik kawin, kita orang tak balik kampung last year Raya. Kos nak balik kampung mahal. Duit minyak lagi, duit tol lagi. Kalau kampung dekat takpa la ini dah nak dekat sempadan Thailand. So terpaksa la cut the cost tak balik kampung :(



Buttt this year, we're back for good! Mungkin salah satu faktor, cuti lamaaaaaaaaaaa! Tak buat apa apa, baik spend time few days kat kampung kan! Lagipon rinduuuuuu nak tengok sawah bendang menguning disepanjang highway! This is why I love Kedah so much! Tapi sayang masa balik ni, bukan musim menuai :( So tak dapat la tengok padi menguning sangat :(





Cantik kan Padi menguning! :) Ini dekat Kangar, Perlis


Dekat tepi sawah bendang ni ada rumah burung. Tanya Mama, Mama pon tak sure burung apa. Tak pasti sama ada burung layang layang or burung lain



Ini pulak sekitar Kuala Perlis Seaview





Okay la takda apa sangat pon nak cerita. Yang pasti Raya tahun ni dah tak semeriah macam dulu mungkin sebab masing masing dah besar. Tapi for sure, balik kampung kali ni pon sebab nak invite sedara mara datang my eldest sister punya wedding next year. And and this year MIGHT BE the last year kita orang Raya together, balik kampung together dengan Along :( Lepas ni dia dah jadi isteri orang kena ikut cakap suami :( Nasib baik la bakal suami dia takda kampung! Itu sebab tulis MIGHT BE mana tau kot kot orang tu teringin nak jalan jauh sampai ke kedah tahun depan hikhikhik :)


Last but not least,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMORANG!!

Friday, August 26, 2011

Balik Kampung

Aidilfitri 2009
*Complete with 6 siblings* - location: Simpang ampat, Perlis


*Tak complete 2 org sebab tahun tu tak balik kampung* - Location: Selama, Perak



After 1 year plus plus tak balik kampung and now, we're back to Kampung on this Hari Raya! Hoyeah hoyeah hoyeah! and this time the whole family will stay in Penang for 1 day then continue balik Kodiang on the other day ^_^



Couldn't say more, I LOVE HAVING VACATION AND ROAD-TRIP WITH FAMILY!
Oh I'm so excited! Sunday please come faster!

Tuesday, October 5, 2010

Cerita Raya

Disebabkan dah lama sangatttttttttttt tak update blog so dikesempatan tengah cuti semester break nih, baik I update blog nanti bukak sem dah busy balik :( so kali ini kita buat cerita pasal Raya lah since Raya post tak buat lagi kan :)


First Raya di Shah Alam, Second Raya di Shah Alam juga, Third Raya pon di Shah Alam, Fourth,Fifth until Sixth pon masih lagi di Shah Alam :( Cuma on Seventh Raya je baru keluar rumah jalan-jalan Hari Raya. Itu pon sempena cuti 1 Malaysia. Okay lah as long as still dalam mood Raya lagi. Kali ini journey pergi Kampung Abah di Selama, Perak. Pergi bukan tidur,lepak-lepak 2 or 3 hari tapi balik hari je.


Boleh bayangkan betapa jauhnyaaaaaaaaaa Kampung Abah yang I pernah cerita in the last 2 post dulu? dan hari tuh boleh pulak plan nak balik hari je. actually idea tuh sangattt bagus since Kampung Abah tak ada apa apa yang menarik pon. Sedara mara kat sana semua dah besar, dah beranak pinak so tak ada geng lah kalau nak kawan. Lain lah kalau kat Kampung Mama. Masih lagi ada remaja tua dan remaja muda untuk dibawa bersembang :)


As usual, kalau kampung yang jauh macam nih kena lah bertolak dari rumah awal untuk elak jammed. Gerak dalam pukul 9++ pagi then Abah kata dalam 4 jam dah sampai Taiping, Perak. Kira time tuh memang tak banyak kereta lah walaupon dalam minggu Raya lagi. Mungkin ramai yang amik cuti seminggu itu pasal tak jammed.


Actually kita orang pergi sana pon bukannya direct terus sampai Selama. Masuk Taiping kejap jalan jalan kat kawasan situ terus ikut jalan lama pulak hingga ke Selama. Ikutkan sebenarnya Abah ajak naik Bukit Larut tapi ticket dah habis pulak. Ini kali kedua singgah Bukit Larut pon ticket habis jugak sobs sobs :(


Last last terus kan perjalanan dengan hati yang sedikit lara :) Dalam perjalanan ikut jalan lama ini, banyak tempat boleh diterokai seperti Tahanan ISA, Penjara Taiping, Zoo Taiping, Teknik, MRSM Taiping and etc.


Kami sampai Selama around 2 petang. Ingatkan settle singgah rumah sedara mara Abah, on the way nak balik Shah Alam nak singgah Kuala Sepetang makan Mee Udang paling sedap tapi alangkah sedehnya kedai tutup. Yelah dek non orang semua sibuk Raya mana ada kedai bukak. G I L A.



* SELAMAT HARI RAYA SEMUA*

Okay lah bubye.


P/S : Lagu kat blog nih, tunggu saya dah bosan nanti saya buang hokay. tak lama pon tuh since saya nih bukannya suka dengar lagu yang sama berulang ulang kali. B O S A N. tapi lelaki indon yang nyanyi lagu nih hensem. Randy Pangalila hero cerita Cinta Kirana. Saya suka tengok cerita tuh sebab ada lelaki hensem tuh lah :) Walaupon muka dia Jambu dan more pada budak-tak-matang tapi saya suka jugak! :)

Thursday, September 2, 2010

From Shah Alam with Love

'Dah lama saya tak update blog' or 'sudah bersawang blog saya ini'. I wanna cut all this crap sebab saya tahu semua orang yang ada blog especially akan tulis macam ini bila dia sedar dia dah lama tak update blog. buat apa nak tulis lagi kan paham-paham sudah dah besar kan. I dont care what people gonna said tapi saya nak tulis jugak YANG SAYA DAH LAMA TAK UPDATE BLOG!!! the reason is SEBAB SAYA TAK UPDATE BLOG LAH KALAU SAYA UPDATE BLOG MESTI LAH SAYA TAK TULIS MACAM INI.


Got me?


Raya is comming soon bebeh! I am so excited! can you feel me?



Nak tahu tak apa benda yang paling best bila tibanya hari Raya? mestilah dapat baju baru, buat kuih raya sendiri, lemang ketupat rendang yang wajib ada bila pagi rayaaaa erm what else? dapat bermaaf maafan dan kunjung mengunjung sesama saudara mahupon sahabat handai yang jauh dimata tapi dekat dihati tuh lagi??? lagi???



Tapi bagi I, saat yang paling excited bila tibanya raya ialah suasana balik kampung!! Yepee!! eventho bila diCyber nih tengok orang packing balik rumah yang jauh kat Perak or Penang or Kedah or Perlis or tak lupa jugak Kelantan, Terengganu, Pahang rasa macam awww mesti bestkan pengalaman nak balik tuh. tak macam I packing pon untuk balik rumah parents kat Shah Alam tuh Sobs Sobs.



Tapi takpa nasib baik Mama dengan Abah bukan lahir kat sini. kalau lahir kat sini sure I sedeh sebab balik-balik jalan kat area negeri sendiri perhhhh giler bosan kan.



As you all know, Mama asal dari Kodiang,Kedah. Abah pulak orang Selama,Perak. heyy baru I perasan Mama dengan Abah masing-masing asal dari sempadan negeri. maksudnya Selama,Perak kan sempadan Penang manakala (manakala okay homaigod ^_^) Koding,Kedah kan sempadan Perlis.


Post kali ini I taknak cerita dah pasal suasana raya dikampung or suasana nak balik kampung siapa tahun nih sebab dah pernah cerita masa post raya tahun lepas. so post raya tahun ini kita cerita pasal pengalaman balik kampung pulak okay?



I tau drawing nih buruk so tak payah gelak ahhh



I kan orang sejati Shah Alam so pengalaman balik kampung Mama lah yang paling terasa sekali. eventho umur I dah 21 tahun, bila musim raya benda yang I takkan bosan sehingga kini ialah Pengalaman balik kampung kat sana. sebab apa? sebab journey nak ke kampung Mama tuh yang syok. bukan kampung Abah tak syok. kampung Abah pon syok sebab long journey tapi Mama punya lagi syok sebab long long long Journey lagi. HAHA




Kalau Mama,
Shah Alam - Perak - Penang - Kedah baru sampai


Kalau Abah,
Shah Alam - Perak dah sampai tapi kalau nak lagi adventure since negeri selangor nih kan besar nak keluar dari negeri sendiri pon amik masa yang lama, kita tengok draw nih :





Tak paham eh? takpa,takpa kita guna talian hayat yang ke-2



Peta Selangor:



Peta Perak:



Peta Penang:



Peta Kedah:



Apa??? tak paham lagi? takpa,takpa kita guna talian hayat yang terakhir. kali ini I listkan je Nama tempat kat setiap negeri yang I lalu untuk sampai ke destinasi



Selangor Area :

From
Shah Alam
(Kota Anggerik,Batu Tiga)

to
Kapar
(Meru,Sementa,Sungai Pinang,Selat Klang)

to
Kuala Selangor
(Bukit Melawati, Ijok, Jeram)

to
Tanjong Karang
(Sungai Burong, Permatang)

to
Sungai Besar
(Sungai Panjang, Sekinchan)

to
Sabak Bernam
(Sungai Air Tawar, Sabak)



Perak Area:

Tanjung Malim
(Sungkai,Slim,Behrang)

to
Tapah
(Chenderiang,Ayer Kuning)

to
Kampar
(Malim Nawar,Keranji,Tualang Sekah)

to
Batu Gajah
(Jelapang,Menglembu,Tronoh)

to
Kuala Kangsar
(Bukit Chandan,Manong)

to
Bukit Gantang
(Kuala Sepatang,Changkat Jering,Trong)

to
Padang Rengas
(Chenderoh,Lubok Merbau)

to
Taiping
(Kamunting,Pokok Assam,Aulong)

to
Bagan Serai
(Alor Pongsu,Gunong Semanggol,Selinsing)

to
Larut
(Selama,Kubu Gajah,Batu Kurau)


Penang Area;

Nibong Tebal
(Jawi, Sungai Bakap, Sungai Acheh)

to
Batu Kawan
(Perai, Bukit Tengah, Bukit Tambun)

to
Bukit Mertajam
(Berapit, Machang Bubuk, Padang Lalang)

to
Permatang Pauh
(Seberang Jaya, Permatang Pasir, Penanti)

to
Tasek Gelugor
(Permatang Berangan, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar)

to
Kepala Batas
(Penaga, Bertam, Pinang Tunggal).


Kedah Area:

Kulim-Bandar Baharu
(Kulim, Bandar Baharu / Baru)

to
Padang Serai
(Merbau Pulas, Lunas)

to
Sungai Petani
(Pantai Merdeka, Bakar Arang, Sidam)

to
Merbok
(Bukit Selambau, Tanjong / Tanjung Dawai)

to
Jerai
(Sungai Limau, Guar Chempedak, Gurun)

to
Pendang
(Tokai, Sungai Tiang)

to
Alor Setar
(Bakar Bata, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu)

to
Pokok Sena
(Bukit Lada, Bukit Pinang, Derga)

then
Kubang Pasu
(Bukit Kayu Hitam, Jitra).



Mesti korang pelikkan kata kat kodiang,Kedah tapi tak ada pon perkataan kodiang kat situ. kodiang tuh hanya perkampungan kecil sahaja. kira kalau datang tuh ikut signboard Jitra dah nak dekat sampai.


Kata orang, naik flight lah best cepat sampai selesa pon selesa tapi bagi I, pengalaman naik flight tak best sebab tak dapat singgah R&R beli buah buahan sambil makan makanan utama kat setiap negeri. dan yang paling penting bila journey ke kampung mama kita boleh lihat Sawah Padi menghijau dengan banyaknyaaa disepanjang lebuhraya. Oh tak lupa pengalaman masuk dalam terowong pon best sebab bila kat situ semua rasa macam awww teruja hokay! teruja bukan sebab apa sebab mengharap 'kan bagus kalau Malaysia nih bina terowong panjang macam ini lagi takda lah rasa panas'


Paling excited bila travel waktu malam dekat kawasan perkampungan sambil dengar lagu raya BALIK KAMPUNG HO HO BALIK KAMPUNG!



P/S : walaupon travel memenatkan tapi takpa kerana ia menyeronokkan. bak kata lagu ini:

Perjalanan Jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata...


Nuffnang Content