World Cup telah pon mengeggarkan seluruh dunia especially bagi peminat fanatik bola sepak. Tapi jangan main-main yang kaki bangku juga tidak kurang fanatiknya. cuma mungkin cara fanatik spesis lain macam sebegini berlainan daripada spesis yang pandai main bola sepak. kadang kala soratan kaki bangku ini lebih excited berbanding soratan mereka yang profesional bermain bola kerana golongan professional sebegini hanya menggunakan akal fikiran yang mereka ada untuk melontarkan hujah-hujah mengenai setiap pasukan bola sepak yang mereka gemari.
Sekarang baru tahu Word Cup diadakan 4 tahun sekali. patut lah bila check last year calender activity bila masa pulak ada World Cup nih? setahu I last year punya calender bersih tanpa advertisement mengenai bola. Student attendance full je. Full it doesn't mean dorang always datang kelas tak pernah skip lah. Itu tipu je lebih. Just tak pernah pulak dengar students lelaki MC sebab tengok bola sampai pukul 3-4 pagi and skip class for the whole day. Lecture pon tak ada bangkitkan issue pasukan itu kalah,pasukan ini kalah dalam teaching slides dia. Then bila masa pulak terjadinya World Cup ini? Okay ini memang tak boleh blah. sanggup google semata-mata tak nak di cop kuno sebab tak tahu mengenai perkembangan dunia bola.
Kali terakhir World Cup diadakan its on year 2006. means that time I form 5 and in SPM mood. mana taknya I tak sedar. I duduk asrama kot that time. mana ada entertainment and sort of. kira perkembangan dunia dekat luar pon susah nak dapat. nak harapkan classmates lelaki yang hanya 2 orang tuh untuk cerita pasal dunia bola? memang tidak lah sama sekali. Seorang tuh mungkin boleh terima sebab dia pon duduk hostel jugak. Yang tak boleh terima bila ada satu-satunya classmates lelaki yang duduk diluar untuk memberi informasi terkini tapi macam useless sahaja. so bukan salah I lah kalau I tak tahu mengenai dunia bola sepak nih.
HEHEHEHEHE
I tak suka tengok bola sebab ia sangat membosankan especially bila tengok bola di kedai mamak. Dengan lelaki yang superduper berlambak, mata semua only focus on skrin yang besar tuh owh rimas hokayyy. I tak berapa nak mengerti apa benda yang dorang tengok sampai semangat gyler sebab bila I tengok I hanya mencari-cari lelaki yang sedap mata memandang yang kalau tengok sekali rasa macam nak tengok 1000 kali pastu boleh sengeh sorang-sorang sebab perhhh, macho habis mamat nih. walaupon tak ada experience tengok World Cup di Kedai mamak tapi boleh feel apa yang bakal berlaku nanti sebab pernah experience makan dikedai mamak dengan family. masa tuh Tuhan sahaja tahu betapa rimasnya I dengan pelbagai jenis manusia yang ada. I tak suka tempat yang crowded dengan manusia sebab I rasa rimas. macam berada dalam Gua yang sempit. nak lalu pon susah memang I wish makan cepat-cepat dan lepas tuh blah.
And now baru I mengerti orang tengok bola bukan semata-mata nak tengok berapa banyak goal berjaya diperolehi tapi sebenarnya semangat berpasukan itu yang penting. cara mereka berinteract masa nak passing bola to each other itu sebenarnya. Goal ke tak goal ke semua itu tak penting apa yang penting KERJASAMA! tengok wonderpets pon tahu kerjasama itu sangat penting dalam membentuk satu pasukan yang cemerlang.
Bila World Cup bermula, kaum-kaum Adam akan mula pinggirkan Isteri/girlfriend mereka semata-mata tak nak ketinggalan every single match. Kaum-kaum Hawa pula, tak apa. fikir positive hokayyy. Ini lah masa dan detiknya untuk kita berlagak single sementara boyfriend/husband kita tengah busy nih. Sebulan je kot. Inilah masanya untuk kita flirt with another guy. tapi first thing kena make sure, partner yang kita nak flirt tuh tak suka tengok bola! then blind date ke, tengok wayang ke, makan-makan ke tapi nak pergi makan kena make sure jangan makan di Restoran yang provide LCD Plasma or projector or saluran astro supersport! takut terkantoi disitu.
Advice for isteri orang, don't do this at home. Tips-tips ini hanya untuk mereka yang tidak terikat dengan mana-mana lelaki pon.
Tak pe untuk kaum isteri, activity anda untuk sebulan ini menonton kesemua sinetron yang ada di TV. walaupon tak dapat nak flirt jejaka jejaka tampan diluar sana, flirt didalam rumah sahaja pon boleh ^-^
So korang sokong team mana? I tak tahu tapi adik I Abuzar cakap Brazil hebat tapi I tak suka Ronaldinho! Jadi I nak sokong pengadil Malaysia, Subkhiddin lah boleh tak?
P/S : Dulu seminggu sebelum World Cup bermula, penggemar-penggemar FB meletakkan bendera Gaza untuk profile picture sebagai tanda protes keatas kekejaman Palestine and now bila cerita mengenai Palestine sedikit muram, World Cup Jersy pulak dijadikan profile picture.I wonder, message kali ini membawa maksud protes or sokong?
2 comments:
aku tak de mood nak tengok doe! maybe mood "WAKA WAKA" blom smpai lagi. heheheh!
lol waka waka tuh apa? cuba lah bagi aku ayat yang aku paham ;)
Post a Comment