Nuffnang Header

Sunday, June 20, 2010

Million Stars!

Sebelum update blog, tercari-cari gambar Abah dalam laptop ini. Tapi tak jumpa. Rasa macam nak menangis sebab kecewa gambar Abah sendiri pon tak boleh nak cari. Mujur jumpa jugak akhirnya.



Saya Sayang Abah,
Sebab sejak kecil, Abah selalu kasi saya makanan, pakaian, tempat tinggal serta perlindungan. Apa yang saya nak mesti Abah saya tunaikan. Tapi mujur lah sejak kecil sampai sekarang, saya jarang mintak benda pada Abah sebab saya malu. Saya malu nak cakap dekat Abah saya nak itu, saya nak ini. Tapi saya tak malu bila nak mintak makanan pada Abah sebab Abah saya suka anak-anak dia membesar! Abah saya suka beli makanan banyak-banyak. Lepas itu bila tak habis dia suruh anak-anak dia yang habiskan bukan dia nak tolong habiskan. Ye saya tahu, Abah saya nak semua anak-anak dia sihat tapi agak-agak lah. Kami pon mahu kurus jugak!



Saya Sayang Abah,
Sebab Ketika saya belajar di Melaka dulu, Abah tak pernah merungut untuk mengambil dan menjemput saya setiap kali saya mahu pulang ke rumah. Nasib baik Abah tak tahu anak dia yang seorang ini mengada-ngada tak nak balik rumah naik bas sebab takut nanti accident. Kalau dia tahu sekali pon saya tahu dia tak akan marah sebab saya tahu lah dia kan Abah saya!



Saya Sayang Abah,
Sebab masa saya kecil, Abah suka bawak saya pergi jalan-jalan. Pegang tangan saya ketika saya mahu melintas jalan, bawak saya round-round seksyen 19 pada waktu petang, pergi taman permainan main buaian dan gelongsor, melayan karenah saya yang superduper manja ini, dukungkan saya bila saya rasa saya malas nak berjalan dan tak lupa bancuhkan susu untuk saya ketika saya kelaparan.



Saya Sayang Abah,
Bila tibanya hujung minggu. Sebab bila bangun pagi-pagi, Abah mesti belikan breakfast untuk saya. Kadang-kadang Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kerabu dekat Pasar Tani dan etc. Bila Abah tiada masa weekend, saya rasa rumah sangat sunyi sebab kalau ada Abah tak sah kalau tak kehulur-kehilir, keluar-masuk rumah mencari sesuatu. Bila petang pulak, Abah suka pergi Pasar Malam depan rumah mencari makanan untuk saya. Ye makanan lagi sebab saya kan dah cakap Abah saya suka tengok anak-anak dia membesar!



Saya Sayang Abah,
Bila Abah ajak satu family ikut pergi Outstation. Saya suka travel tempat jauh-jauh bila ada Abah sebab Abah suka beli 'Jajan', Air Coke, Kerepek, Kacip Fatimah, Red Bulls, Air ribena, Milo, 100 PLUS untuk kami makan dalam perjalanan nanti. Itu cuma makanan sampingan sahaja. Belum lagi bila tiba lunch hour. Abah mesti bawak kami pergi makan tempat yang best-best. Begitu juga masa dinner. Lepas dinner mesti Abah bawak jalan-jalan sekejap sebelum balik semula ke Hotel Penginapan. Bila on the way nak balik Shah Alam kalau tak singgah Restaurant Jejantas makan Waffle ais-krim dekat A&W mesti tak sah. Ye thanks to Abah sebab memperkenalkan waffle A&W pada saya kalau tidak mesti saya tak tahu sampai sekarang.



Saya Sayang Abah,
Sebab Abah tak pernah lupa belikan kek harijadi untuk saya. walaupon kek yang sama Abah belikan untuk Mother's Day, Along Birthday, Wana Birthday, Wani Birthday and Abuzar Birthday saya tak kisah sebab saya sangat sangat appreciate setiap perkara yang Abah saya lakukan untuk saya.



Kenapa Saya Sayang Abah saya? sebab semua ciri-ciri diatas ini lah! dengan kata lain Saya Sayang Abah saya sebab Abah saya suka kasi saya makan lagi, lagi dan lagi! ohmaigod!



Abah saya seorang yang kelakar dan jarang marah anak-anak perempuan dia. Tapi once dia marah, saya sangat takut sampai boleh terkencing dalam seluar. okay itu cerita masa kecik-kecik dulu. sekarang dah tak ye. Satu-satunya adik lelaki saya iaitu Abuzar selalu sangat kena marah. Mungkin sebab dia satu-satunya anak lelaki kot yang lain semua perempuan. so kalau nak marah yang perempuan susah sikit mungkin hati boleh cair especially bila tengok saya yang comel ini sure tak jadi nak marah.



HEHEHEHE



Walaupon Abah saya pernah marahkan adik saya, tapi Abah saya masih lagi treat adik lelaki saya itu macam budak kecik especially bila naik motor dengan dia. Adik saya nak duduk belakang tapi Abah saya tak kasi suruh dia duduk depan jugak.
Boleh imagine tak betapa malunya adik saya time itu?



Saya tahu Abah suka makan ulam-ulaman. Abah jugak suka makan tempoyak. Favorite buah Durian! Abah tak suka makanan yang berminyak dan banyak kolestrol tapi Abah still beli Udang dan sotong sebab Abah saya tahu dengan ada makanan yang macam itu lah boleh attract adik-adik saya untuk makan nasi. Biasalah adik-adik saya kalau ada ikan, daging tak makan nasi. mengada. Owh ya Abah saya suka warna kuning dan ini memelikkan saya ketika mengetahuinya.mungkin terlalu obses pada durian dan tempoyak, sampai favourite warna pon boleh jadi nak familiar jugak!



Apa yang penting saya tahu Abah saya suka bila saya masak Kueh teow goreng, mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng untuk dia sebab Abah saya tahu saya suka masak. Itulah sebab nya Abah suka dera saya masak bila pulangnya saya dari Cyber.



Ye! Inilah Abah yang paling saya sayang dalam dunia ini! Walau buruk ke, baik ke mahupon jahat sekali pon dia, dia tetap Abah saya dunia dan akhirat! Tiada seorang pon yang boleh gantikan tempat dia sebagai Abah saya.




SELAMAT HARI ABAH,
Encik Zulkifli Bin Mat!
I loveyou so much lah ABAH!
You're Rocxx


No comments:

Nuffnang Content