Kalau dulu hidup saya sangat bahagia bila adanya dia disisi saya. Dia lah tempat saya mencurahkan kasih sayang setelah kasih sayang saya terhadap mama dirampas oleh adik saya, wana yang kejam itu! Dia lah penghibur saya dikala saya kebosanan. Dia beri saya hiburan, lawak, dan informasi terkini yang sangat sangat berguna untuk saya. Dia ibarat kawan baik saya yang selama ini tidak putus-putus membantu saya menyiapkan tugasan yang diberi oleh Lecture dan yang penting dia lah pengarang jantung, hati, hempedu dan paru-paru saya bila cuti semester bermula.
Owh DIAAAAAAAAA !!!
Entah kenapa sejak dua menjak ini saya dapati dia cuba menjauhkan diri dia daripada saya. Ye, mungkin pada ketika itu memang silap saya kerana cuba menjauhkan diri daripada dia dulu. Saya cuba berjauhan dari dia kerana saya tak sanggup nak lukakan hati dia lagi. Lagipon saya pergi tak lama. Cuma beberapa minggu sahaja. Ini semua tanggugjawab yang terpaksa saya pikul setelah bergelar seorang pelajar. Saya cuba beri penjelasan pada dia tapi dia tak boleh nak terima. Saya tahu dia sukar nak terima akan perpisahan ini almaklum lah saya dan dia sudah berkawan lama masa saya tingkatan 4 lagi. Kami dah macam belangkas memang susah sangat nak berpisah. Tapi apakan daya, ini lah keputusan yang saya dah buat dan saya harap sangat dia mengerti.
Owh DIAAAAAAAAA !!!
3 minggu berlalu
Pada hari tamatnya peperiksaan akhir, saya berharap sangat dia menanti kedatangan saya dengan penuh gilang gemilang. rupa-rupanya fikiran saya meleset. Pada hari sepatutnya kami berjumpa, sedikit bayang-bayang dia pon saya tak nampak. Saya berdukacita. tapi saya kuatkan azam suatu hari nanti pasti dia kembali ke pangkuan saya.
Owh DIAAAAAAAAA lagi !!!
Sebulan berlalu
5 June 2010 menjadi tarikh keramat buat saya dan dia. Akhirnya penantian selama sebulan terlaksana! saya sangat gembira tak terkata saat berjumpa dengan dia. Ini lah satu rahmat yang saya tak tahu macam mana nak ungkaikan. Yang penting saya sangat sangat bahagia menanti kepulangannya. Sebulan owhh sapa yang tak tahan.
Ohhhh, STREAMYX you make my day even great!!
Nak buat lagi ke tak nak? nak tak nak? nak tak nak? haip dia! ^_^
Cerita fairy tale diatas merupakan sedutan daripada cerita dulu. Yang bestnya cerita ini bila Pakcik TM datang rumah ingatkan just pasang Modem je tengok-tengok kasi line terus! 1 hour ++ siap pasang with internet connection sekali.
Gud job lah pakcik!
Sampai terlalu gyler excited punya pasal bila dapat Wireless balik tanpa segan silu terus update status dekat FB.
Perempuan ini memang tak nak kalah jugak. Dah ah jatuhkan maruah aku depan kawan-kawan FB dia. tengok dah tak suci I! grrrrrrr
P/S : Rasa nak duduk kat rumah je sebab internet kat rumah besttttt. tak macam internet kat MMU. suka buat laptop saya 'heng' dengan virus yang berlambak-lambak itu
1 comment:
ahahaha.. ingatkan ape la td.. suspen2!!.. hehe.
Post a Comment