Nuffnang Header

Tuesday, June 1, 2010

I am a pet lover.

I 'm a pet lover! especially kucing! suka sangat kucing. tak kisah lah kucing tuh tak berbaka parsi or what janji ia comel. ingat lagi first kucing yang paling I sayang namanya Misha. boleh tak? misha penyanyi lagu bunga-bunga cinta tuh. mama lah yang letak nama Misha gara gara dulu-dulu punya cerita dimana ada seorang pemanggil radio menamakan setiap jenis biskut raya yang dibuat dengan nama-nama artis. like, kuih tart Anuar zain, semperit siti nurhaliza and etc. dan kebetulan time tuh misha omar sangat terkenal. so mama apa lagi. taknak kalah punya pasal, letak lah nama Misha kat kucing.


Bila I tengah sedeh kena marah dengan mama, ada masalah percintaan, kawan and etc., kucing lah tempat I luahkan isi hati. dari tengah sedeh-sedeh boleh tukar jadi ceria bila tengok respon muka dia yang comel tuh. itulah sebabnya bila I dalam kedukaan, I lagi prefer bercakap dengan kucing dari manusia. even I tau kalau cakap dengan kucing macam cakap dengan batu tapi heyy what peduli apa haku.


I tak boleh hidup tanpa kucing. kalau dirumah, hari-hari mesti kena peluk,cium kucing kesayangan sambil cakap 'kakak iya sayang sangat kat awan '. kalau tak buat macam tuh hari-hari nanti dia terasa tuan dia dah tak sayang dia. bila dirumah,kalau tak kacau dia time tido memang tak sah sebab jeles tengok kehidupan dia asyik makan,tido je. pastu mulalah nak membebel.


Bila bangun tido, tengok kucing kesayangan takda kat bawah mesti dah risau. mesti fikir bukan-bukan lepas tuh. kena culik lah, kena makan dengan binatang buas lah, sesat lah. pastu bila dia dah balik, membebel pulak bila lapa je baru ingat nak balik. pastu boleh pulak bila balik bawak gf sekali. mana orang tak marah. tengah duduk risau rupa rupanya gatal meroyan.


Tapi I pernah touching gila babing dengan kucing kesayangan bila tibanya cuti hujung minggu. selalu bila balik dari cyber, nak pegang dia mesti dia lari. dia ingat I strangers boleh tak? kecik hati. selalu sangat perangai macam tuh.



kucing ini pernah jadi kucing kesayangan I yang ke..,erk? banyak sangat lah tak ingat.


I dah aim. bila I dah ada rumah sendiri dan hidup berjauhan dari family, I nak beli sekor kucing buat peneman dirumah. sebab dari kecik I dah biasa duduk dengan kucing. so bila kucing takda disisi macam tak lengkap je hidup.


See betapa sayang gilenya I kat kucing.


I tak boleh tengok bila kucing sesama kucing bergadoh. I rasa kesian kat kucing yang jadi mangsanya. dah lah gado sampai darah darah semua. sampai terberak,terkucil pon ada. tak kesian ke weyh.


So bila orang melakukan kezaliman keatas kucing. I tak boleh terima. sebab I rasa dia tak patut terima semua tuh. nama pon kucing. mana ada akal fikiran. tapi orang yang lakukan ini memang sangat sangat dan tersangatlah zalim.


I sedeh sebab kita tak tahu macam mana penderitaan yang dia alami. terasa nak tolong. tapi tak tahu macam mana nak tolong sebab kita sendiri susah nak kenal pasti dia sakit kat mana.


Ikuti video ini sebab video nih akan buat kita sedar betapa berharganya makhluk ciptaan Allah dimuka bumi ini.





Kepada orang tuh, lebih baik ko bunuh je kucing tuh daripada ko buat dia lagi terseksa la weyh!


P/S : Itulah sebabnya kalau diberi peluang, I lebih rela mati terus daripada kena seksa.
owh ya btw, awan saya masih lagi sehat dan comel seperti dulu!


3 comments:

:.aTiQaH.: said...

i'm a pet lover tooo=)
sye pun suke ckp ngn kucing dr manusia..
mereka lebyh pandai wt kte cool down kn?hehe

:.aTiQaH.: said...

I'm a pet lover too=)
especially kucing.
sronok ckp ngn kucing neyh..
dorg lg memahami n pndai cool kite down=)

e y R a said...

hehe. tuh ah buat mimik muka je dah boleh buat kita cool

Nuffnang Content