Dulu bila exam dah habis, macam-macam benda I rasa nak buat. nak download lagu lah, download movie best-best lah, nak cari keje lah (walaupon tahu tak ada company pon nak hired I yang cuti 3 minggu nih je), edit itu edit inilah, keluar dengan kawan-kawan, owh dan yang penting nak bermesra dengan kucing kesayangan. tapi walau sehebat mana pon angan-angan I, last-last end up dengan tidur sepanjang hari dan twitter sepanjang masa.
Gila bosan bila internet limited dan duit tak ada.
Tapi mujur masih ada adik-adik yang masih lagi bersekolah yang boleh dibuat peneman untuk berborak dan juga bergosip. owh tak lupa pada bekalan Astro dirumah. semua cerita yang dulunya I kutuk habis-habisan akhirnya I tengok jugak untuk mengisi masa terluang. tengok tengok jugak tapi bila dah habis cerita, kutuk pulak dalam Twitter.
ROZANA weyhh, I kenot belev
Setelah 3 minggu duduk dirumah bersama Along baru I sedar bila ada conversation between Mama, I dan dia mesti ada 2,3 benda tercalit pasal Perkhawinan along bangkitkan. pantang tengok iklan TV mengenai Perkhawinan je terus bagi hujah panjang lebar.
Alah tak pe, I tak kisah pon sebab I pon berminat.
Teruja nak tahu lebih lanjut lagi mengenai perkhawinan bila tengok iklan Semanis Kurma 2,3 minggu yang lepas yang bertajuk 'Khawin kerana adat ke, Khawin kerana agama?' banyak lah benda berguna dapat dipelajari. semuanya berkaitan perbelanjaan. almaklum lah zaman cyber nih semua benda nak mahal je. ye lah, even nak pergi public toilet pon kena bayar.
Semalam tengok lagi cerita mengenai perkhawinan di Wanita Hari Ini - 'Beban hutang perkhawinan'. elakkan lah berhutang masa nak khawin sebab takut bila dah ada cucu cicit micit pon hutang khawin tak habis langsai. yang penting bagi sesiapa yang mempunyai adik beradik yang ramai, setiap seorang adik beradik boleh jadi sponsorship untuk perkhawinan abang/kakak/adik mereka. Macam I dah aim, bila kakak I nak khawin je I nak tolong support kambing/lembu seekorrrrrrrrrr. dan bila satu satunya adik lelaki I nak Khawin, I nak support pakej berbulan maduuuuuuuuuuuu
Bak kata Hanis Zalikha, bila ada adik-beradik ramai nak pergi vacation pon best sebab masing masing semua dah happening. tak payah buat group sebab kita punya group pon dah besar. pastu bila jalan jalan mesti tak sesat sebab ada 8 otak dalam satu group walaupon kadang-kadang otak dorang bukannya betul pon.
see happening kan.
Belum lagi kalau dalam rumah. suara semua tak nak kalah. especially bila bab perli kutuk mengutuk sesama sendiri. alah bukan je kat rumah sendiri, kalau pergi visited rumah sedara mara pon perangai masing masing memang tak berubah. sampai orang luar pon boleh ingat suara riuh rendah nih mesti sebab saudara mara datang padahal orang rumah je.
Wa dah cakap lu, ada adik beradik ramai untung wooo
Kalau dulu bila anak anak masih kecil, ibubapa menabung untuk masa hadapan anak-anak mereka which means sambung belajar ke peringkat degree, master mahupon PHd. and now, bila anak-anak dah besar dalam lingkungan 18 tahun dan keatas, ibubapa kena start menabung untuk perkhawinan anak-anak mereka pulak.
Eh eh mana tahu semua nih? well I bukan pakar cuma I suka dengar ceramah.
P/S : Saya bukan gatal cuma saya suka fikir kehadapan. tak salahkan ?
1 comment:
yeah. aku takde adik beradik. so, bapak ku sudah start tanya nak buat majlis kahwin grand kat dewan @ hotel since anakanda nya seorang ini sudah ada calon menantu. hahahaha!
Post a Comment