Nuffnang Header

Monday, May 31, 2010

Streamyx pon nak suck jugak ke?

Ingatkan Telekomunikasi Prabayar like Celcom,Digi,Maxis,U-Mobile and etc je kasi sucks. dah lah P1 Wimax pon sucks,
Streamyx pon nak sucks jugak ke?
ke sebenarnya Malaysia masih kurang maju dalam dunia teknologi moden macam nih?



No internet connection at home! oh mayyyyyy


Actually internet connection start tak ada masa I tengah final exam lagi. tau tau tak ada pon elok-elok time I tengah first paper on 6/may hari itu. mulanya ingatkan sebab problem dulu. kena sambar petir akibat tak switch off masa hujan lebat. ye lah, disebabkan problem dulu lebih kurang 2 modem jugak lah kena tukar. bila face this kind of problem, rasa macam dah give up gyler hokayy. mana taknya hari-hari kol streamyx. tapi problem bukannya dapat solve hari itu jugak. sampai berminggu-minggu baru settle. so berminggu-minggu jugak lah tekanan tak ada internet.


So setiap kali gemuruh berkumandang, orang orang dalam rumah semua dah prepared. hujan lebat je, cepat-cepat pergi tutup switch internet. dah kena 2 kali kot. siapa yang nak kena lagi kan. tapi sometimes masing-masing pon lambat bertindak jugak. almaklum lah malas nak naik atas pergi tutup. bila dah kena baru lah nak mengelopong.


Bila jadi masalah macam nih, habis orang orang dalam rumah dipersalahkan. especially adik-adik yang 24 hour dalam rumah. I excluded lah sebab I weekdays di cyber. time tuh pulak yang selalu guna internet and selalu ada kat rumah petang-petang mesti wanny. wana dan abuzar terlepas sebab dorang sekolah petang. lagipon hujan kan selalu turun time petang-petang. so tak pasal pasal minah nih kena blame sebab tak bertanggugjawab.


Disebabkan internet betul betul tak ada time I tengah final exam, so I tak ada lah nampak kerisauan sangat bila benda nih berlaku. bila mengadu kat mama, mama ada jugak tanya adakah internet tak ada disebabkan plan yang ktorang apply dulu. plan Unipack untuk student student ipta/ipts. dah kata plan untuk student, dah sah sah lah pakai nombor ID I since dalam rumah, I seorang je sekarang student ipts. along dan angah dah tak layak sebab dorang dah tua! muAHAHAHAHA.


That day masa mama mintak IC dan ID, I dah sedikit excited. walaupon tak pernah bertanya tujuan mama memintanya sebab tak nak dibikin busybody-sibuk-nak-tahu-urusan-orang-tua-tua kononnya tapi I pasti ini mesti ada sesuatu yang mama cuba sembunyikan dari pengetahuan I. muka dah tercalit kegembiraan sejurus selepas memberi ID dan IC kepada mama sambil hati tersenyum senyum mengatakan " nih mesti nak suruh aku masuk contest yang hadiahnya Blackberry! Yepee!! tak pon, mama nak register aku pergi camp kot. ee seronok,seronok!! ke pergi seminar anjuran SIRIM QAS? best jugakk "


Nasib baik tak fikir negative " mama nak daftar aku khawin kottt " pftttt


Malam tuh baru tau rupa-rupanya mama isi borang Unipack under nama I untuk ganti streamyx kat rumah. kira upgrade line je. kalau before this pakai package 384kbps so dengan plan baru nih kita up sikit ke 512kbps. username,password still pakai yang lama. kalau dulu every month kena bayar around RM88 tapi with this promotion just bayar RM53 je every month and yang penting no limit as usual! weee, student rate biasalah.


Actually I tau pasal promotion nih masa orang TM datang MMU dulu. tapi that time, I ignored je dorang sebab I fikir kat rumah dah ada line streamyx, buat apa lagi I nak sibuk sibuk dengar pasal benda alah nih semua. sure kalau I cerita kat mama mesti mama tak berminat. HE-HE. I memang suka buat assumption untuk orang. alih-alih dapat tahu rupa-rupanya mama berminat dengan promotion nih masa orang orang TM datang ke SIRIM untuk buat promotion kat staff staff sana pulak. mungkin dengan explanation daripada orang yang berpengalaman membuatkan mama berminat untk apply plan nih plus memikirkan ianya murah dan calon yang sesuai pon ada.


Since nak tolong kakak I yang bagi dia internet adalah segala-galanya, nyawanya serta boyfriendnya dan tak lupa juga taglinenya *bussiness tak berjalan kalau tak ada internet* so I sanggup jadi volunteer menelefon orang-orang streamyx untuk bertanyakan apakah sebenarnya yang berlaku. adakah disebabkan plan yang ktorang apply dulu or what.


Kol punya kol. rupa rupanya, line streamyx kat rumah dah pon kena terminate. itu lah sebabnya tak dapat connection. bila tanya technician tuh line kena terminate ada kena mengena dengan plan yang ktorang apply tuh ke. dia pon tak pasti. apa punya technician dahh. Okay lah fine. mungkin amik masa 2,3 minggu je kot untuk pulih balik (fikir positive lagi). last-last I dah habis final exam nih pon internet still tak ada lagi. cuti sem pon dengan hati yang lara sedikit.


Hari berganti hari, masa berganti masa, bosan pulak dah sampai ke kemuncaknya. owh ini tidak boleh jadi!! kena kol orang streamyx jugak!!! kol lagi. kali nih dapat sedikit explanation dari orang technician tuh. memang betul line dah kena terminate. dan sekarang tengah di upgrade. tapi bila ditanya adakah ini ada kena mengena dengan unipack. dia pon tak tahu jugak. dia suruh I pergi TM Point terdekat untuk lebih keterangan lanjut. itu je. DAMN!


Ada jugak dengar desas desus dari kawan kawan mama yang apply plan nih jugak kata ambil masa sebulan untuk okay. gila betul. sebulan weyh? seriously I kenot Belev! bukan tak puas hati. cuma was-was betul ke internet tak ada disebabkan plan yang ambil tuh. iye lah dah register atas nama I, mestilah I yang akan dapat email or kol dari orang orang streamyx. deal untuk hantar modem wireless dan jugak notebook free yang dijanjikan. tapi I tak dapat apa apa kol pon dari dorang. mananya I tak syak. lagi satu masa check there's no internet connection, tetiba wireless modem kat rumah pulak rosak. tak ke lagi mengukuhkan statement statement diatas?


Last last sebab dah tak tahan plus tak dapat exact answer apa sebenarnya yang berlaku. pergi lah TM Point Shah Alam. sebelum pergi, siap dah buat speech terbaik dari ladangggg tau don't play play huh. nak cakap;

" kenapa rumah saya tak ada internet? sampai bila nak macam nih? boleh tak settlekan hari nih jugak? saya perlukan internet. ada kena mengena dengan plan yang saya apply tuh ke? kalau macam tuh, saya tak nak lah amik plan tuh. kembalikan balik line saya yang lama. bussiness saya tak jalan kalau tak ada internet tahu tak? kalau tak ada internet macam mana saya nak register course? saya mana ada duit nak pergi CC and blablabla "


Nak cakap ayat nih straight tanpa fullstop dan dengan sekali nafas sahaja!


Sampai je, jumpa kakak dekat kaunter registration. tak sempat nak tarik nafas, kakak tuh dah pon explain panjang lebar apa sebenarnya yang berlaku. betul lah nak upgrade ambil masa sebulan. itupon untuk upgrade sahaja. belum lagi masa diambil untuk datang pasang modem lagi. itu maybe amik 2,3 hari pulak. so total semua dalam sebulan lebih baru ada intenet connection balik. gila betul.


Pulang lah dengan hati yang hampa sambil berkata
" cuti aku sia sia je bila internet tak ada! DAMN! "


oitt MMU under TM kot, dah dah jangan kutuk lebih lebih.
Apa apa pon, walaupon streamyx agak kurang dalam customer care tapi perkhidmatan nya masih lagi terbaik di Malaysia!



P/S : Nasib baik dirumah masih ada DIGI BERUKBAND yang didaftar atas nama saya lagi sekali!! untung betul jadi hott stuff dalam rumah nih. eh eh bukan. untung jadi budak University!! manfaat yang kita ada, kita boleh meringankan lagi beban ibubapa.
dah fikir, nanti bila saya dah besar dan bekerjaya saya akan manfaatkan sebaik-baiknya adik-adik saya untuk dapatkan pembelian streamyx mahupon berukband yang murah murah!!
weeeeeeeeeee


No comments:

Nuffnang Content