Ehem ehem
Mari kita mulakan entri dengan gelak yang paling jahatttttt sekali
HA-HA-HA-HA-HA-HA
Ditokok tambah pula dengan gelak besarrrrr seperti Professor klon
HUAKAHKAHKAHKAKAHKAHKAH
Itu lah azab yang akan diterima bila dah pandai-pandai online dekat laptop I lepas itu tak reti mengerti nak sign out. kesian dua orang adik I (Abuzar dan Wana ) bila tiba-tiba rahsia terbesar mereka semua ditangan I. alah tak ada lah rahsia terbesar mana pon. biasalah budak-budak sekolah. kalau ada social networking mesti tak lain tak bukan gossip pasal boyfriend/girlfriend masing-masing.
Boyfriend/girlfriend aku lah yang paling hebat, paling kacak/cantik, paling bersetail dan etc.
Setiap kali I nak tengok profile wana bila dia tengah online myspace mesti dia tak kasi. I pon tak paham kenapa. I bukan nak skoding kawan-kawan dia yang beribu-ribu itu pon. I cuma nak tengok macam mana dia created profile dengan hasil usaha sendiri tanpa ajaran dari I. I nak jugak tau sama ada adik I nih berteknologi tinggi dan kreatif macam kakak dia nih ke tak *ohmayy* walaupon sebenarnya I tahu dia bukan lah seorang yang sangat kreatif pon. tapi I still nak tengok jugak walaubagaimana cara sekali pon ( perhh rasa dah lama tak menggunakan ayat karangan seperti ini )
Reason I nak tengok sebab I nak bahan dia, nak gelak-gelak kan dia, nak perli-perli dia sebab orang kata gelak itu bagus untuk kesihatan! *dandan je ko kan*. adik I seorang ini sangat sporting, tak ada heart feeling pon bila orang kutuk dia especially among us lah (siblings) dan tak lupa dia sangat rajin macam kakak dia nih jugak. HE-HE (habis kembang bontot ko lepas baca nih) . yang paling penting, dia merupakan peminat setia nombor 1 blog I nih berbanding blog kakak I. sebab dia kata blog along tak best suka cerita pendek-pendek tak macam blog I. (damn! nampak sangat I suka membebel panjang-panjang. like mother like daughter bebeh)
Alah dia tuh reporter dalam family tak hingat pulak. asyik bercakap jeee 24 hours. bila ada news yang hebat-hebat pasal kami adik beradik tak nak kalah nak jugak be the first one yang report kat mama/abah. sure kalau I ada boyfriend nanti dia yang akan jadi informer dulu. itu lah kalau dengan budak nih I dan along kalau nak bergosip kita-kita je. tak ajak dia sekali. macam dia jugak. kalau nak bergossip pasal kawan-kawan kat sekolah mesti dengan wanny. tak wanny, abuzar. siap ajak naik atas buat private meeting dalam bilik pastu kunci pintu. bila nak join sekali tak kasi. alasannya sebab I dengan along gossip tak ajak dia. damn! ini yang boleh buat perang gossip Universiti versus gossip budak sekolah nih!
Eh eh baru sedar I dah terpesong banyak. okay back to reality
Sebenarnya I nak tengok dan kaji serta meramal siapa boyfriend adik I. Almaklum lah, kesemua adik-adik I sekarang ini masih single macam kakak dia jugak. bila ditanya siapa boyfriend/girlfriend masing masing semua diam membisu. paling tak pon jawab macam artis. single. kawan je. no komen.
Kalau nak korek dekat sekolah sure lah tak dapat. so kena lah guna social networking yang mereka ada sekarang ini. itu pon bukan setiap masa boleh dapat informasi. semua perlu bergantung pada masa, mood dan jugak luck mungkin.
Dengan luck yang kita ada inilah kita perlu manfaatkan sebaik-baiknya. tapi this time, I tak dapat korek banyak sangat informasi disebabkan masalah internet yang terhad. actually I dapat tengok nih pon sebab masalah connection yang dialami oleh adik I jugak. mungkin masa dia nak sign out browse agak lama. so dia mungkin tersilap pandang disitu. akibatnya ini lah yang terjadi.
Abuzar pulak so uptodate you know. dia cuma layan facebook je. even bab setting meng setting dalam facebook semua dia belajar dulu dari I. Damn! tercalar maruah se-universiti kejap. okay tak pe, biasalah budak lelaki. IT memang number 1. mengakulah perempuan agak terkial kial sikit bila dalam dunia teknologi nih.
Tapi yang I tak paham dengan budak seorang ini bila kawan dia komen dalam FB mesti dia tak balas. bila I tanya kenapa tak balas boleh tak dia jawab ' nak balas apa?'. what you means nak balas apa? jawab je lah apa-apa kan. heyy nampak di situ yang adik I bukan penggatal orangnyaa macam kakak dia!! tettttttttttttt
Since dia susah sangat nak komen orang so dengan peluang ini lah I cuba send message through wall kawan perempuan dia biar nampak macam adik I nih gatal sikit. I hantar kat member perempuan dia bukan calang-calang tau orangnya. hott, pretty and yes ada story behind this girl.
hakkk amik ko nak menyamar sangat tapi font tak nak tukar! ngeng betul! serious I tak tahu pon budak tue sepintar macam itu sekali sampai boleh detect. nih nak cakap I lah yang bodo, budak tuh lah yang pintar kan? okay fine. kritikan diterima.
Pengajarannya, kalau nak menyamar itu berpada-pada lah derr. jangan lah kasi terkantoi derr. malu kaum kerabat lah derrrrrrrrrr.
*SMILEY FACE*
No comments:
Post a Comment