Nuffnang Header

Wednesday, May 19, 2010

Melaka saya rindu

Korang pernah tak rasa bahagianya hidup ini bila orang ajak pergi Melaka Bandaraya Bersejarah? Paling paling bahagia bila dapat tau sudah 3 tahun anda tak menjejakkan kaki kesana? Ditambah pula apabila perbelanjaan anda untuk kesana adalah FOC (free of charge) dan yang paling penting anda tidak perlu membawa satu sen pon kerana belanja makan semua ditanggung beres? walaupon bukan untuk honeymoon or jalan-jalan cari pasal tapi untuk menghadiri satu event yang diberi nama MMU Awards 2010.


Mesti terasa macam weyh aku kat syurga ke sekarang ini sambil tampar muka sendiri lalu berkata bahawa benda ini semua adalah fakta bukan auta semata-mata.


Teruja habis I bila dapat invitation dari Kak Aisyah untuk join MMU Awards yang berlangsung kat Hotel Equatorial, Melaka pada 25 April yang lalu. Mana tak terujanya bila dapat tau event tue buat kat Melaka and yang paling penting bukan senang okay nak dapat invitation dari kakak-kakak dan abang-abang Convofest. almaklum lah last year join pon pegang jawatan cikai-cikai je. senang cite bukan Hicom (high-committee) lah. entah I pon tak tahu macam mana I dengan ili boleh disenarai untuk turut serta sekali. mungkin sikap kita orang yang sangat rajin kot dulu. mana pernah miss meeting, datang pon selalu on time. bila orang suruh buat kerja dan kena pass up on time kita orang buat je tanpa membantah. plus, kita orang memang rapat dengan kak aisyah nih pon. HE-HE


Kalau ikutkan orang yang nak join event tue kena bayar Rm25 tapi since I join under Convofest (MMU konvokeysen) so I tak perlu lah bayar apa apa. Pada mulanya ingat ktorg semua akan naik bas since bas provided tapi alih-alih kak aisyah ajak join naik kereta dengan dorang semua since dorang ada plan lain nak buat lepas event tue selesai. first time naik dengan dorang rasa kekok sangat sangat. tak kenal langsung kot dengan dorang semua kenal pon cuma kak aisyah and Mansur (director event) je. tapi lama-lama dah boleh menyesuaikan diri. gyler ko tak menyesuaikan diri dah lah 2 jam dalam kereta dengan dorang.


Pernah jugak lah amik masa 2,3 hari untuk I dengan ili fikir sama ada nak join ke tak. especially bila dapat tau event tue berlangsung masa nak dekat final. so agak sukar jugak lah decision yang kita orang nak buat nih ye lah hot stuff lah katakan cewah padahal kita orang cuma perlu jawab Ya atau Tidak je. tapi last-last kita orang setuju why not pergi sebab fikir bukan senang nak dapat pergi especially bila dapat tau free tak perlu bayar apa-apa. lagipon kalau pergi ke, tak pergi ke kita orang tak rugi apa apa pon.


Kalau korang nak tau apa itu MMU Awards ini sedikit sebanyak faktanya :

MMU Awards 10, a renowned event organize by SRC in collaboration with Student Affairs Division (STAD). Clubs and societies, as well as individual who exhale in their commitment, hard work and dedication for their so called event and clubs will be rewarded during this event. Hence, we would like to welcome all the societies of MMU to show their full support towards this event as your support will boost up the energy to this auspicious event.





So masa dalam kereta sebelum I tertido, I dah pasang niat make sure set alarm 15 minit lebih awal supaya bila dah sampai dekat tol ayer keroh, I dah pon bangun segarkan diri sebab I tak nak miss any single thing bila dah sampai nanti. tapi sayang, I tak tido sangat pon mungkin terlampau excited tengok jalan raya yang agak agak lebih kurang 3 tahun jugak lah tak lalu.


Then bila dah sampai perubahan pertama yang I nampak kat Melaka nih for sure jalan raya lah. bangunan tak yah cerita I sampai dah blur kejap sampai dalam hati berkata weyh dulu bukan tak ada bangunan nih ke? eh eh mana pergi jalan nih? eh eh aku kat mana pulak nih? eh eh sejak bila jalan nih jadi besar dan etc.


Tapi perubahan yang sempat I kaji bila dah kat Melaka nih bila nampak berlambak gyler Mcdonalds okayy!! dan yang penting bila I hanya mampu tersenyum menyaksikan Melaka begitu pesat membangun sekarang ini tapi dalam hati menyumpah yumpah berkata weyh weyh kenapa sekarang bila aku dah tak ada kat sini, Melaka baru nak membangun huh?? nak bina itu lah, nak bina inilah. kenapa dunia ini begitu kejam sekali? kenapa?? kenapa?? dan kenapa ??


okay eyra cukup. apa apa pon heyyyy MELAKA i'm here bebeh!



This is what menu type haritue which is lunch to high-tea. makanan okay lah not bad tapi tak puas hati nasi goreng dia simple gyler. rasa macam aku pon boleh masak kalau macam nih lah rupanya


meja paling bertuah tau jangan main-main


our chancellor ,Tun Dr Siti Hasmah merasmikan acara gilang gemilang ini. kesian time nih pergelangan tangan kiri dia kena balut sebab jatuh dekat toilet pagi tue.












ini semua muka-muka excited nyanyi lagu sekolah MMU- permata dunia











Habis je event dorang ajak pergi jalan-jalan sekitar melaka. first destinasi pergi minum kelapa shake yang sangat terkenal dekat Melaka nih. Masa belajar kat Melaka dulu I pon tak tahu mengenai kewujudan kelapa shake nih tapi since dah kata terkenal kita kena lah cuba. Walaupon I tak suka air kelapa tapi I mengagahkan diri jugak untuk try dan hasilnya tak rasa kelapa sangat pon. I rasa more to vanilla taste and rasa lemak-lemak sikit. okay lah not bad. kalau air yang telah diupgrade macam nih mungkin I boleh terima lagi. tapi kalau air kelapa semulajadi mungkin agak sukar untuk diterima.




Inilah rupa nyo kedai sedap tuh. kedai tepi jalan dan berhampiran rumah. tapi memang ah ramai gyler orang. tak terkenal lah kalau tak ramai, betul?



Next destinasition tak pergi mana-mana pon cuma drop by rumah adik kak aisyah yang belajar dekat MMU Melaka untuk mandi,tukar baju,semayang and etc. lagipon habis je minum kelapa shake tadi dah pon pukul 5 lebih so rest-rest jap malam baru berjalan sakan dan terus balik Cyber. tapi before pergi rumah sewa adik kak aisyah tue kita orang sempat singgah kejap MMU Melaka.


Mula-mula masuk pintu pagar cool lagi. lepas tue jalan lagi,jalan lagi sambil berkata owh ini jalan aku pernah lalu dengan cik yin untuk ke kedai makan makcik kuning. bila dah terfikir macam itu sekali habislah segala macam kenangan manis dah berkepul kepul diudara. lepas tue jalan lagi dan tibanya di area bangunan CLC I rasa macam nak menjerit hokayy sebab tiba-tiba ada satu kawasan yang dulunya terhad untuk parking kereta dorang dah besarkan menjadi gelangang basketball ke apa entah. tapi memang luas jugak lah. ada lagi lah tempat yang dahulunya dilitupi pokok-pokok serta rumput-rampai akhirnya dah bertukar.


Biasalah kalau orang pon boleh berubah apakan pula dengan tempat-tempat kan.


Tapi sayang mungkin masa kita orang kat rumah adik kak aisyah kita orang spent masa yang agak lama disana so masa untuk jalan-jalan ke macam macam tempat di Melaka tak berkesempatan. mulanya dorg cadang nak pergi dinner kat Umbai dulu baru pergi main boling terbesar dekat MITC tapi last-last tak jadi sebab Umbai jauh sangat dekat dengan sempadan johor takut sempat untuk makan je. so kita orang pergi dinner kat tempat dekat je lah. itu pon memang lama gyler so alih alih kita orang berkesempatan untuk dinner je. then terus balik Cyber.


Walaupon tak sempat nak pergi Jusco terbesar kat Malaysia seperti yang hangat diperkatakan oleh Cek Yin and Cek Nab, bowling terbesar tak lupa jugak or ya dan Mydin terbesar jugak (owh damn Melaka semua nak besar macam nih susah lah) tapi bersyukur sangat sangat at least dah nampak serba sedikit apa yang dah berlaku kat Melaka. tak pe, next time ada rezeki memang pergi ronda habis habisan lah. kali ini cek yin dengan cek nab kena jadi tourist guide lah. tapi don't wory cek yin, aku akan make sure kesana sebelum ko habis belajar, okayy?


So lepas nih kalau orang tanya dah pernah pergi MMU Awards? tentu sekali I jawab YA dengan bangganya! owh ya tak lupa, saya rindu kawan-kawan MELAKA saya!!


Owh the most important part lupa nak cerita. dah semangat-semangat sorak tak kan tak ada menang apa apa kan. siapa kata tak menang? of course lah ada. bukan satu malah dua trofi tau kita orang rembat. see betapa hebatnya penangan Convofest last year






P/S : Sangat sangat suka pada emceee event nih. gyler masuk air tak hingat dunia okay! acara yang sedikit bosan boleh terhibur dengan teletah dorang. cara dorang handle event ini sangat superb lah! mana taknya sampai Dr Zaharin (MMU President) siap puji tau jangan main-main.

4 comments:

jawZ said...

eleh...suke lar 2..x ajk pown

Lolalovelyshop said...

i miss melaka too ;(

Anonymous said...

Salam...

alaaaaaa...baru skrg akak bace cite eira nie....hiihihihi... tu pun abg mansur yg tunjuk link!

smga x terlmbt la kan..

nice post!I loike!!!!

Alamak! rindu dah kat adik2.. :(

Kak Aisyah

Unknown said...

awww thank you akak! rindu akak jugak!!

Nuffnang Content