Nuffnang Header

Sunday, March 28, 2010

Something that I've never been try before

Di waktu petang yang agak mendung tapi still panas, berbekalkan emosi drama melayu pukul 6:30 petang di Tv3 yang wah meletop! tak lupa jugak mood penat selepas balik dari kelas tiba tiba I didatangi dengan panggilan telefon daripada kawan yang pernah sama sama berganding bahu dalam MMU Convofest yang lepas.

kring kring (Wah menipu je bunyi kring kring. time nie I lupa lah ringtone I lagu apa)

Ila: "Salam Ira, kat mana nie?"


I: "kat bilik baru habis kelas. kenapa eh?"


Ila: "owh tak ada, Ila nak tanya nie. Ira berminat tak nak jadi Hostel Committee?"

I: "haaaaa??!! Hostel committee?? tak terfikir lah pulak."


Ila: "tak da, sekarang Ila tak cukup orang nie. nak tengah cari 2,3 orang lagi untuk jadi Hostel committee. Ila tak tau nak cari sapa tetiba Ila teringat kat Ira pulak"


I: "owh ye ke. alaa malas lah nati nak kena interview semua. tak minat interview-interview nih"


Ila: "eh tak ada interview. malam nie ada photoshoot untuk poster hostel pukul 8:30 kat SRC Room. pakai baju formal."


I: "ha??!!! photoshoot dah? macam dah komferm jadi je."

Ila: "ha, iye lah. so macam mana?"

I: " erm, tak tahu lah. malam nie kan photoshoot. adui. kalau Ira ajak Ili join sekali boleh tak?"


Ila: "boleh je. memang kalau boleh nak 2,3 orang lagi lah"


I: " owh okayy. Ila, macam nie lah. boleh tak nati Ira message Ila balik komferm.Ira nak tanya Ili dulu"


Ila: "erm hokay. bagitau cepat ye"




titttttttttt terus kol Ili on the spot




I: " Awak!!!!!!!! nak jadi Hostel committee tak? Dalilah,bla bla blaaaaaaaaaaaa"

Ili : "erm tak tahu lah. awak rasa macam mana?"

I: " entah lah saya pon tak tahu. awak join, saya join. awak tak join saya tak join lah."


Ili: "so macam mana sekarang nih?" - (nampak nada-nada macam nak join je si ili nih)

I: "okay set kita join. cepat sikit balik. saya tunggu kat bilik kita gerak sesama"

Ili: "hokayyyyyyyyy"



Wah ulang tayang tau tak boleh bla.




Actually, menjadi sebahagian daripada keluarga MMU Hostel bukan lah sesuatu yang selama ini I rancang. I tak pernah terfikir even tak pernah sedikit pon rasa nak join jadi committe nih. terima cabaran pon atas kehendak kawan yang kebetulan mencari 2 atau 3 orang lagi untuk jadi committee. itu pon last minit choice sebab tak cukup orang. atas simpati dengan kawan tadi, I pon rasa why not I try pegang jawatan nie. just Hostel committee je kot not SRC (Student Representatives Council) committee. kalau jawatan tue, yea mungkin I perlukan 2 or 3 hari untuk fikirkan balik tawaran tue.

So now I dah pon jadi sebahagian dari keluarga hostel. nak tak nak, ini lah tanggungjawab yang I kena pikul dan I telah pon pikul dengan jayanya. Alhamdulillah. Sekarang tinggal lagi sebulan lebih je sebelum jawatan I nie di isi oleh orang lain. nak sambung balik? erm, tak pernah terfikir pon sebab next semester I dah 3rd year student so I ingat nak focus 100% pada studies pulak sebab itu yang I kejar selama nie.



P/S: Setelah berbulan bulan I request poster hostel nih finally masa College Festival Appreciation Dinner baru dorang tunjuk. citttt grrrr.

No comments:

Nuffnang Content