Nuffnang Header

Saturday, March 27, 2010

Kellie's Castle

Tahukah anda di Malaysia terdapat satu tempat tinggalan sejarah yang sangat sangat interesting untuk di discovery? kalau anda tanya pendapat I dimanakah tempatnya tentu sekali I akan jawab KELLIE'S CASTLE! mesti anda juga tertanya tanya kenapakah I memilih Kellie's Castle tidak memilih tempat tempat tinggalan sejarah yang lain.

Erm, I pon tak berapa nak pasti jawapannya kerana I pergi Kellie's Castle nie pon atas arahan Mama yang dari dulu lagi tak habis habis ajak abah pergi sana and finally, kami sekeluarga telah pon menjejakkan kaki ke sana! hoyeah, kira mama punya dreams come true dah tercapai lah nie.

Kami pergi ke sana pon masa on the way nak balik Shah Alam selepas kenduri kahwin kak cik esoknya means hari isnin tue lah. iye, hari isnin dan I Ter-skip pulak kelas the whole day . HE-HE. suppose dalam perancangan nak jalan jalan cari pasal kat rumah Dr. Mahathir tapi last last jalan-jalan entah ke mana, cari pasal pon entah ke mana.

That day tetiba I tak sihat pulak. bila tetiba abah cakap tak jadi nak pergi rumah Dr.Mahathir I macam happy jee sebab I tak sihat tambah lagi dengan cuaca yang panas terik lagi lah I tak da mood. so I lagi prefer terus je balik rumah tanpa singgah mana mana. serious sangat sangat tak sihat sampai dah berapa kali entah asyik tertido je dalam kereta.

Perjalanan mengambil masa yang agak lama sebab asyik mencari Kellie Castle tak jumpa je. dah jenuh bergoogle dalam kereta tapi tak jumpa jumpa jugak. wah, sangat susah ye nak cari padahal dekat dengan UTP (University Technology Petronas) je kot. ahahahaha sengal!

Bayaran nak masuk ke sana bukan free. no no no. mesti lah kena bayar. I lupa berapa tapi yang pasti dorang kasi I murah sebab I kiut, comeyy, cantek dan yang penting I tak sihat so dorang macam tak sampai hati nak letak harga mahal mahal kat I. pandai tak I buat muka kesian? HE-HE tipu je la weyh. sebab I pakai student kad so I dapat lah murah.

So lawatan sambil belajar kita bermula pada pokok ye kawan kawan. lah, gelak pulak. serious lah pokok. pokok nie sangat unik sebab batang dia berbentuk beruang. tak caya meh cekidaut.



seeeeee nampak tak beruang tue? sedap eh ko landing kat situ.


Dah selamat tengok beruang meh kita masuk pulak.



wah wah wah model kita.


wah wah wah busy tourist guide kite nih.


eyra-"lu pe hal?!!!!"


eh eh eh bukan tadi kata tak sihat ke?



mari ke tingkat dua pulak ye adik adik. istana nie ada lebih kurang tiga tingkat dimana tangga tangga yang dorong bina nie wah sangat kecik dan muat size size badan yang kecik jee. gyler la weyh. dah la tangga cerun perhhhh, agak gayat jugak lah masa nak turun


okay tingkat dua nie meliputi bilik bilik dia lah. menurut sejarah istana ini ada 14 buah bilik dan sebuah bilik bawah tanah. perhhhh terbaik lah. dan bilik biliknya sangat besar hokayyy. lagi besar dari bilik I dekat hostel tue.


Kesimpulannya, MARI LAH KITE KE KELLIE"S CASTLE OKAY?? HE-HE tak da idea lah nak buat kesimpulan. apa apa pon. meh baca history nih. sangat sangat sangat menarik.






Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu gajah, Perak

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama Willian Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra,India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu gajah kerana keunikannya.

Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.


P/S: kerana sejarah lah kite mengenal dunia zaman dahulu. tak ada sejarah tak ada lah kita.I sangat kagum dengan kreativiti dia masa bina istana nie. superb lah!



No comments:

Nuffnang Content