Nuffnang Header

Friday, February 12, 2010

Habit ketika kecik

I ingat lagi, dulu adik I wana pernah cakap I nie kiut sangat masa kecik tapi sekarang......????? grrrr, apa maksud dia sekarang? In fact, I buat buat tak paham sebab I assume dia nak cakap I bertambah- tambah kiut la tue tapi tak nak luahkan takut I perasan. oke, paham sendiri sudah.

Setiap orang mesti ada benda atau habit masa kecik yang tak dapat dibendung. Contohnya macam Along. dulu dia ada anak patung berbentuk Tiger yang paling dia sayang. kehulur kehilir dengan si Tiger dia tue sampai si Tiger dah tak berbentuk Tiger! kurus kerempeng jadinya. Angah pulak, dengan bantal busuknya 24 hours dan I, dengan kain busuknya. serious sangat busuk! tapi I suka!! HE-HE.

I ingat lagi ada satu masa I bangun pagi pagi tengok kain busuk I dah hilang. I tak menangis mahupon memberontak sebab I tau mesti mama yang kutip ambik basuh. so I tau la mana nak cari kain busuk tue once ia hilang. tapi ada one day I perasan kain busuk I tak ada dekat ampaian then bila I tanya mama (I pon tak tahu macam mana I tanya mama sebab time tue I kecik sangat around 4 to 5 years), mama cakap mama dah buang kain busuk I tue. entah macam mana, sumpah I tak menangis melalak mahu pon meronta ronta. I macam oke, dah buang. itu je. tapi tipu la kalau I cakap I tak rindu bau bauan dekat kain busuk tue tapi lama kelamaan, I macam dah biasa.

Same goes too bantal busuk Angah. tetiba je hilang. bangun bangun pagi pulak tue hilang. sebijik masa kain busuk I hilang. Angah I nie panas baran sikit. dia mengamuk jugak la bila tahu bantal busuk dia dah buang tak macam I cool je.

Lagipon, memang pandai betul mama I cari masa untuk buang benda-benda yang tak berfaedah tue. anak anak semua tengah tido, senyap senyap mama pergi ambik then buang. haish. mama memang always macam tue, bila dia rasa ada je benda benda yang kita orang jarang pakai atau tak lagi diperlukan senyap senyap dia pergi buang. Ye la, kata dah jarang pakai sah sah la kalau buang pon memang tak sedar sebab dah jarang pakai betul tak?

Tapi sampai sekarang I tak paham, macam mana Along punya Tiger mama boleh tak buang kita orang punya mama boleh buang sigh. siap ada sampai sekarang kot Tiger Along tue. haish, this is unfair! totally unfair oke. I baru ingat nak frame kain busuk tue tunjuk dekat cucu micit I nati tapi apakan daya "Mem" besar dah beraksi dulu nampaknya. eh chop, kecik kecik macam tue pon dah boleh fikir macam tue ye porahhhh

Actually, bukan aksi buang membuang ini yang I nak cerita tapi pasal habit I yang suka hisap jari masa kecik. bila orang tanya kenapa I suka hisap jari memang kompem kompem la I tak dapat nak jawab sebab itu sifat semulajadi beb!

Kalau you ols semua nak tahu, I ada satu jari yang ketumbuhan ia agak paranormal. erk? WHATEVER, dimana I akan selalu meraung raung kesakitan apabila kuku jari itu nak tumbuh. ini kerana kuku dan daging terlalu rapat antara satu sama lain dan setiap kali kuku nak tumbuh dibahagian situ I dapat merasakan ada getaran getaran yang menarik urat urat I sehingga menyebabkan jari I agak merekah. mana taknya, nak tumbuh tak boleh sebab kuku dekat sangat dengan daging. In fact, memang I sensitip gila dengan jari tue until I tak boleh sesekali biarkan ia tercedera sebab impactnya perhhhhh, sakit nak mampusssssssss

Dan bila semalam I mengadu masalah ini kepada mama tercinta dengan pantasnya mama menjawab " haa, nie mesti sebab suka hisap jari masa kecik kecik dulu". I pulak dengan sepantas kilatnya feuuuuuuuu pergi la membuka koleksi album lama lama dan ternyata jawapan mama adalah betul!! agak lama jugak la I cari jawapan dari persoalan nie dan akhirnya yeah, thanks mama!

Jum cekidaut bukti bukti menerusi gambar I yang comel ini.
awwwww



"ko budget ko hisap jari macam tue ko comel la. pigidah!"



A'ah betul jugak kan. selalu sangat hisap jari sampai jari mengecut. ush patut la jari sekarang tembam dan kementot. owh i seee, owh i seee ;)




Big Secret Finally Revenge!





P/S: gambar jari yang paranormal tue perlu dirahsiakan untuk kebaikan masa hadapan. HE-HE

No comments:

Nuffnang Content