Disebabkan dah lama sangatttttttttttt tak update blog so dikesempatan tengah cuti semester break nih, baik I update blog nanti bukak sem dah busy balik :( so kali ini kita buat cerita pasal Raya lah since Raya post tak buat lagi kan :)
First Raya di Shah Alam, Second Raya di Shah Alam juga, Third Raya pon di Shah Alam, Fourth,Fifth until Sixth pon masih lagi di Shah Alam :( Cuma on Seventh Raya je baru keluar rumah jalan-jalan Hari Raya. Itu pon sempena cuti 1 Malaysia. Okay lah as long as still dalam mood Raya lagi. Kali ini journey pergi Kampung Abah di Selama, Perak. Pergi bukan tidur,lepak-lepak 2 or 3 hari tapi balik hari je.
Boleh bayangkan betapa jauhnyaaaaaaaaaa Kampung Abah yang I pernah cerita in the last 2 post dulu? dan hari tuh boleh pulak plan nak balik hari je. actually idea tuh sangattt bagus since Kampung Abah tak ada apa apa yang menarik pon. Sedara mara kat sana semua dah besar, dah beranak pinak so tak ada geng lah kalau nak kawan. Lain lah kalau kat Kampung Mama. Masih lagi ada remaja tua dan remaja muda untuk dibawa bersembang :)
As usual, kalau kampung yang jauh macam nih kena lah bertolak dari rumah awal untuk elak jammed. Gerak dalam pukul 9++ pagi then Abah kata dalam 4 jam dah sampai Taiping, Perak. Kira time tuh memang tak banyak kereta lah walaupon dalam minggu Raya lagi. Mungkin ramai yang amik cuti seminggu itu pasal tak jammed.
Actually kita orang pergi sana pon bukannya direct terus sampai Selama. Masuk Taiping kejap jalan jalan kat kawasan situ terus ikut jalan lama pulak hingga ke Selama. Ikutkan sebenarnya Abah ajak naik Bukit Larut tapi ticket dah habis pulak. Ini kali kedua singgah Bukit Larut pon ticket habis jugak sobs sobs :(
Last last terus kan perjalanan dengan hati yang sedikit lara :) Dalam perjalanan ikut jalan lama ini, banyak tempat boleh diterokai seperti Tahanan ISA, Penjara Taiping, Zoo Taiping, Teknik, MRSM Taiping and etc.
Kami sampai Selama around 2 petang. Ingatkan settle singgah rumah sedara mara Abah, on the way nak balik Shah Alam nak singgah Kuala Sepetang makan Mee Udang paling sedap tapi alangkah sedehnya kedai tutup. Yelah dek non orang semua sibuk Raya mana ada kedai bukak. G I L A.
* SELAMAT HARI RAYA SEMUA*
Okay lah bubye.
P/S : Lagu kat blog nih, tunggu saya dah bosan nanti saya buang hokay. tak lama pon tuh since saya nih bukannya suka dengar lagu yang sama berulang ulang kali. B O S A N. tapi lelaki indon yang nyanyi lagu nih hensem. Randy Pangalila hero cerita Cinta Kirana. Saya suka tengok cerita tuh sebab ada lelaki hensem tuh lah :) Walaupon muka dia Jambu dan more pada budak-tak-matang tapi saya suka jugak! :)
No comments:
Post a Comment