Nuffnang Header

Monday, October 4, 2010

Temerloh


Hari sabtu yang lepas bangun je dari tidur Mama ajak pergi Temerloh,Pahang makan masak tempoyak ikan patin. Je? yelah pergi Temerloh sebab nak makan itu je then balik. Alah bukan jauh pon. lebih kurang 1jam lebih je dah sampai tapi yang buat lamanya bila nak ke Pahang lalu KL yang selalu jammed dekat area Gombak tuh. berjaya keluar dari KL pon around 12PM eventho keluar rumah pukul 10AM padahal sampai Temerloh pukul 1:45PM macam tuh. Tak tahu lah kenapa hari tuh ramai pulak kereta mungkin sebab orang ramai pergi open house. tak pon sebab UIA tengah convo sekarang :)


Dah alang-alang sampai Temerloh singgah sekejap diKarnival Gegaria Harian Metro. Tak ada apa-apa yang menarik pon kat sana tapi stuck sekejap dekat booth 'Permainan' sebab hujan turun. Sementara nak tunggu hujan berhenti, Mama dengan Abah beradu main Dam.


Muka orang kalah main ^_^




Then on the way nak balik tiba-tiba hujan lebat gilerrr dekat sana so stuck lah buat kali kedua. masa itu kebetulan berlindung dekat bawah khemah Suruhanjaya Pilihanraya (SRM) terus pergi daftar mengundi since lepas birthday hari itu tak daftar pon lagi :)




Masak Tempoyak Ikan Patin. Yumyumm. Perbezaan masak tempoyak ikan patin di negeri Pahang dan Perak ialah yang dekat Pahang punya lagi pedas berbanding Perak. I lagi prefer yang Pahang punya more since I memang suka pedass!


Tips nak makan ikan patin masak tempoyak yang sedap-sedap make sure pergi kedai yang berhampiran dengan sungai. kata pon ikan patin,ikan sungai so kalau makan tepi sungai dapat lah makan ikan fresh fresh, gebu gebu dan mantap mantap opsss besar besar! :) Tak pon pergi je Temerloh sebab Temerloh banyak ikan patin.


Sekarang dah ada misi baru iaitu mengharap boyfriend dari kalangan orang Pahang sebab boleh selalu makan masak tempoyak ikan patin hari hari mak mertua buat since nak buat sendiri tak reti ^_^.
Anyone interested? :)


No comments:

Nuffnang Content