Nuffnang Header

Tuesday, September 6, 2011

Meet the Doctor



Ahad lepas ikut Mama bawak anak anak kucing pergi Vaterinar untuk check condisi mereka setelah berjalan jauh sempena Aidilfitri haritu. Kemain tau Elang dapat ikut trip ke Penang lepastu ke Kedah seterusnya ke Perlis. Setelah berdekad dekad membela kucing, ini adalah kucing pertama diberi pelepasan untuk sama sama menyertai expedisi ini. Previous previous kucing yang telah 'inallilah' dan Awan yang paling tomey pon tak pernah ikut trip sempena musim perayaan ni. Semuanya ditinggalkan dirumah dengan dibekalkan nasi berlaukkan ikan kembung rebus sebesar gunung everest dan tak lupa jugak dish Frieskies yang lazat dan berkrim untuk santapan 4-5 hari ketiadaan kami.



Disebabkan Awan telah menjadi 'KUCING TUNGGAL' didalam keluarga kami sejak bertahun lamanya jadi dengan kehadiran Elang si anak kucing yang terbiar dibelakang rumah telah menjadikan dia sebagai kucing feveret Mama. Beli botol susu, beli susu, beli sangkar baru tak termasuk lagi pergi cucuk ubat cacing kat dia dll. Hebatkan penangan si Elang ni. Disebabkan Pelaburan itulah Mama akhirnya membuat keputusan untuk membawa ia nya sekali ke kampung.



Pada mulanya nak tinggalkan ia ditempat penginapan kucing kucing tapi disebabkan ia masih kecil, so orang kat sana tak nak amik. So nak taknak kena la bawak.


Tempat penginapan kucing kucing. Masa pergi ramai jugak orang yang dah start collect balik kucing kucing dorang.



Elang ni kucing yang sangat suka kan aircond. Aktiviti dia sepanjang perjalanan hanya tido, tido, tidooooo dan sekali sekala melihat pemandangan yang indah di tingkap. Awww kemain tau!



And guess what, Elang dah ada kawan sekarang! Iaitu Rio! Kucing kampung berbulu lebat berwarna hitam yang di import all the way from Kangar, Perlis to Shah Alam!



So pergi jumpa Doctor bawak Rio sekali. First time pergi klinik vaterinar hehe i'm so excited! Doctor ni baik. Cakap lembut je dengan kucing :)







Bills


Don't worry Awan nano nano nano you still been my feveret! :)



P/S: Kenapa nama dia Elang? Mama yang bagi nama. You know la my mom, kalau bagi nama kat kucing suka suka dia je nak bagi. Bagi nama Elang pon sebab dia tengok cerita sinetron indon Cinta Melody. Rio sebab filem Rio. Sekarang ni dah risau kalau kawin dah ada anak Mama bagi nama Aditya acane? :)

1 comment:

Amie said...

comelnya kucing dia!....siap bawa jalan2 dalam aircond.... mesti dia happy!

Nuffnang Content