Nuffnang Header

Monday, December 13, 2010

Korea oh Korea

Sebenarnya dah lama terfikir nak tulis entry pasal tajuk ini. Yelah sejak menjak nih, aku rasa fenomena Korea dikalangan budak budak perempuan, makcik- makcik, kakak sedara, mak sedara dah macam berleluasa. SANGATTTT! Like macam fenomena Asmawi Ani masa dia masuk Akedemi Fantasia dulu. Hari hari Mawi, tido Mawi senang cerita semua Mawi ler. eh eh kenapa aku tetiba bangkitkan isu Mawi nih? :) Tetiba terfikir Mawi muaHAHAHA motifff?? :))



Aku ada jugak google tengok ada tak orang post isu pasal mamat mamat Korea nih. Ternyata semua yang post adalah mereka dari golongan kaum Adam yang sampai sesudah tak mengerti kenapa aweks aweks mereka, boleh minat mamat Korean and now sebagai wakil dari kaum Hawa aku macam terpanggil nak buat entry ini jugak.



KENAPA PEREMPUAN MELAYU SUKA DRAMA DAN LELAKI KOREA?



1) Satu je jawapan yang terpancul dalam fikiran aku, sebab perempuan Tersangattttttt lah sensitif. Perempuan senang, mudah dan cepat tersentuh dengan emosi tak kisah lah dari segi persahabatan ke, kekeluargaan ke, percintaan ke semua dorang boleh layan. So tak heran lah kalau dalam drama Korea dorang boleh menangis dengan sendirinya. Macam dorang tengok drama Hindustan.



2) Lelaki melayu kurang romantik kot ;) Bila tengok drama Korea, cuba korang tengok macam mana lelaki lelaki Korea approach wanita yang dia suka. Apa yang aku boleh cakap sangat macho dan gentlemen. Cara dorang sampaikan isi hati tulus dari hati itu yang rasanya kottt boleh sampai ke hati perempuan perempuan melayu lalu tangkap cintan ewah ;) Drama melayu terlalu ikut skrip sangat lah. Not original at all.



3) Make up! Orang orang korea tak kira lah lelaki ke perempuan ke even hollywood actor/actress semua letak make up ala ala kadar je. More to like neutral beauty tapi kalau drama melayu, kalau boleh bubuh bulu mata 2, 3 inci lagi pon boleh. Seolah olah macam pelakon pelakon melayu nih nampak lawa bila pakai make up je. tapi berlakon macam...



4) Jalan cerita drama Korea lain daripada yang lain. Kalau tengok cerita cinta drama melayu like boleh rasa dan predict ending macam mana. Kalau lucky boleh dapat happy ending, kalau tak lucky seorang fly overseas tak pon seorang mati BOSANNNNNNN



5) Of kos sebab hero hensem! nak tak nak dalam drama amik kau sekali ada lagi 2, 3 hero sampingan yang hensem. even yang bawak watak antagonis pon dikira hensem. So nak buat macam mana, dugaan lelaki lelaki hensem dalam satu drama banyak ;) Mungkin sebab lelaki melayu dan artis lelaki melayu tak cukup hensem lagi kot cuba lagi hokayyy?? kalau korang yang lelaki tengok lelaki lelaki korea yang hensem sangatttt tuh korang tak rasa tergugat ke?






Aku bagi example paling senang lah. Kalau korang perempuan tengok drama atas nih, korang tak rasa tergugat ke bila tengok ada satu bunga dalam 4 kumbang tuh? Tak rasa ke macam wehh aku patut jadi bunga ditengah tengah kumbang yang kesemuanya hensem hensem tuh? tak ke rasa perempuan tuh tak layak pegang watak tuh korang lagi layak? tak rasa ke wehh tak rasa ke??!!! kalau bagi lelaki pulak, boleh bayangkan tak kalau awek awek korang jadi bunga tuh? ;)



6) Oh yesss senyuman dorang sangattttttt manis hokay. Hancur luluh hati nih bila pandang. Cuba korang tengok nih;






Senyuman lelaki melayu nih tak cukup sweet ke? Ops dia tak layan perempuan melayu daaaa ^_^



Kalau dalam family, start tengok cerita Korea adalah aku sendiri. Biasalah pengaruh kawan kawan. Dulu tak tau langsung pasal drama korea start jinak jinak dalam drama nih pon masa form 1. Ingat lagi masa itu first drama korea 8tv tayang iaitu Winter Sonata. Bila masuk kelas je mula lah dengar member member cerita pasal drama korea kat tv. Hari hari dok cerita benda yang sama sampai kan cikgu cikgu perempuan pon join sekali. Mula mula aku yang muka innocent nih buat bodoh je lah dengar dorang cerita tapi bila dah lama lama hasrat nak tau keseronokkan terlampau dorang tuh timbul. Itu pon masa aku tengok drama Winter Sonata dah tinggal lagi 2,3 episode. Tapi memang boleh layan lah. Biasa ler budak sensitif macam aku nih semua babak emosi layannnnn :)



Tapi kalau nak ikutkan drama korea yang betul betul aku tengok dari 1st episode sampai akhir adalah drama Autumn In my Heart. Siap ajak Wana yang masa tuh darjah 3 ke 4 join sekali hehe yelah masa itu dalam rumah aku sorang je bergelumang dengan drama Korea so aku ajak ler Wana sekali at least ada geng :) sebab dulu nak tengok drama korea selalu clashing dengan berita tv3. So agak berebut jugak ler tv dengan Mama.



You know lah my mom. Paling tak suka bila aku tengok drama korea. Mama kata drama korea jiwang sangatttt. thats the fact yang tak boleh dinafikan aku memang mengaku lah. TERLAMPAU jiwang. Mama bukan that type of person. Mama agak lasak sikit. Movie movie aksi semua serah pada dia. Itu kalau international punya movie lah Mama prefer yang lawan lawan dan comedian. Tapi kalau drama melayu haish boleh tangkap leleh lah especially kalau sentuh bab budak budak dan kekeluargaan. Yelah drama melayu yang berkisar keluarga selalu kisah benar. I pon suka tengok sebab boleh ambil sebagai iktibar.



One more point yang aku rasa 'eh betul jugak' pasal drama korea nih bila Mama cakap drama Korea kurang isu keagamaan. Serious. Kalau korang tengok balik cerita korea, ada tak scene dorang pergi church ke, berdoa ke mintak pertolongan dari Tuhan? Bukan nak kata agama dorang tuh betul untuk kita ikut tapi setiap agama ada pegangan dan persepsi dorang sendiri. Dorang pon percaya Tuhan itu wujud cuma amalan dorang dengan amalan kita je lain.



Tapi satu je pasal Korea aku tak boleh terima. Lagu lagu dorang. Kalau lagu dari Ost drama yang aku tengok boleh layan lagi tapi kalau new song release yang tak pernah langsung dengar aku tak boleh terima. Sampai sekarang aku tak paham macam mana adik aku yang giler advance Korea sekarang ini, Wana boleh addicted tengok youtube penyanyi penyanyi Korea. Super Junior lah, SS501 ler haish. Aku try jugak lah search penyanyi kumpulan Korea nih tak dinafikan lah dorang pandai menari tapi kadang kadang aku dapat merasakan dorang nih macam lembutt awwwwwwww



Rasanya dah berceloteh panjang sangat nih. Apa apa pon ingattt, tak semua drama Korea itu best and tak semua drama melayu itu tak best. Yang penting kena lah pandai cari jalan cerita yang menarik untuk ditonton. Kalau nak amik as pengajaran dalam hidup kita tengok lah drama melayu yang berunsur kekeluargaan. kalau nak cerita cinta yang suci, tengok lah drama korea! :)



P/S : kadang kadang terfikir jugak kenapa perempuan melayu lagi prefer hero dari drama Korea daripada drama Jepun, Hong Kong, Taiwan dan sekutu dengannya. Mungkin ada perbezaan bentuk muka Korea yang dirasakan seakan akan lelaki melayu tapi versi cina kottttttttttt ;)



Anyo! ^_^

6 comments:

Anonymous said...

ha3..
rasanya wyna terlepas kot dari penyakit fanatik korea nih..
just suka tgk muka n kadang2 terlekat gak tgk citer korea..tu pun sbb akak wyna yg fanatik gila korea..
ha3...bebas fanatik korea..wyna just fanatik nubhan saja ;p

blog akak wyna yg fanatik korea tuh : http://reality2fantasy.blogspot.com

wana said...

okei yunk i pun addict nan korea..haha bisela..:)

Anonymous said...

point no 3 dengan no 5 gua setuju.

and extra: gua lagi prefer lelaki thailand.auw!!!korea and jepun gua tak turn on.haha

-paris h

Unknown said...

Wyna, nubhan tuh tak rasa macam muka cina cina sikit ke? ;p anyway thanks for the link! MEMANG FANATIK SANGAT NIH!

Wana, kau tak cakap pon aku dah lama tauuu ;))

Paris Hilton,i tau taste youuuu. Sawadikappp ^_^

eyqaaman said...

lelaki korea mmg romantik. dan sweet! ko tgk je cmne dorg layan wanita. cair habis siut!

skang ni lg ske layan k-pop! best! :)

ARJUNA.Inc said...

alaa...sian laki melayu..haha..x pe la..ktrang pn kna wt generasi lelaki mlayu terakhr la kot kalo da cmni..hehe..

Nuffnang Content