Nuffnang Header

Sunday, October 10, 2010

Mas Kahwin

Disebabkan tarikh hari ini 10.10.10 berlaku sekali dalam seumur hidup ramai yang mengambil peluang ini untuk melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang begitu indah sekali walaupon mengetahui hakikatnya kewangan mereka ketika ini tidak mengalakkan mereka untuk melangsungkan perkahwinan almaklum lah raya pon baru lepas kan. So dari pagi tadi until now semua orang asyik bercerita pasal kahwin. Tak lupa jugak impact Wedding Of The Year, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama pasangan or lebih manis lagi berbicara sebagai isteri tersayang, Dr. Halina.


Petang tadi tengok Nona semata-mata nak tengok siaran exclusive dari TV3 semasa majlis akad nikah mereka di Masjid Besi, Putrajaya. Nak tengok jugak lah pakaian Dr Halina cantik ke tak, make up dia lawa ke tak dan tak lupa nak tengok jugak berapa banyak lafaz Dr. Sheikh Muszaphar buat :)


Alhamdulillah sekali je lafaz. Ikhlas sungguh dia cewah! :)


Sekarang yang menjadi musykilnya ada satu part dimana masa wali iaitu bapa kandung kepada Dr. Halina menyebut mas kahwin untuk upacara ijab dan qabul. Kenapa mas kahwin mereka bernilai RM80? Bukankah mas kahwin depends pada negeri semasa mereka akad nikah? Nikah di area Putrajaya which means dalam Wilayah Kuala Lumpur lah kan.


But since I nih takda experience lagi dalam menghadiri upacara akad nikah orang so sometimes suka-ambil-sambil-lewa jugak lah benda penting macam ini. Opsss I pernah attend upacara akad nikah makcik I di Kedah but that time I buat tak endah je :) Maklum lah buat apa nak fikir sekarang since lambat lagi nak kahwin :)


Disebabkan benda yang musykil macam ini dan benda yang kita patut tahu eventho bukan nak kahwin sekarang sebab ini adalah general knowledge so I google lah untuk tahu exactly nilai mas kahwin bagi setiap negeri untuk tidak menimbulkan kontroversi sesama sendiri :)


So here we go


Nilai Mas Kahwin yang ditetapkan untuk tahun 2010


Okay sekarang baru I tahu mas kahwin ada 2 jenis between Anak dara dan Mak Dara (Janda) berbeza :) dan untuk Sultan, Kerabat DiRaja serta Golongan Bangsawan pon berbeza. Tapi yang pasti golongan ini lagi mahal lah. Bagi negeri Kedah,Perlis,Terengganu dan Kelantan pula nilai mas kahwin tidak ditetapkan. Yang itu I still tak paham lagi. Mungkin tidak ditetapkan itu boleh bayar ikut kemampuan kot :)


So jawapan yang boleh dapat dari kemusykilan tadi betul lah kan dah stated Kuala Lumpur mas kahwin untuk anak dara bernilai RM80 dan betul jugak mas kahwin depends pada negeri mereka akad nikah bukan depends pada IC ye adik-adik kakak-kakak semua.


Thanks to Google anyway. Tanpa google apalah hidup saya ini :) Thanks to eyraz.blogspot jugak nanti saya nak kahwin saya bukak post ini balik ya :) tapi kalau tak bukak pon tak apa janji saya tahu mas kahwin saya bernilai RM300 :) Cukup lah kalau dapat nikah dekat Masjid Sultan Salahuddin tapi kalau tak boleh nikah Masjid depan rumah pon takpa masih lagi di area Selangor :)



P/S : So negeri mana mas kahwin yang paling mahal? JOM ELAKKAN! uwaaaa tak perlu kot kejam sebegitu.

1 comment:

juliet. said...

wow! mas kahwin kat Selangor paling mahal. turunkanlah sikit en? kang ramai pulak wanita kat Selangor ni lambat kahwin semata-mata mas kahwin tinggi. belum lagi duit hantaran yang sekarang mencecah RM 10000.

takpe. aku nak kahwin 15.15.2015. Eh. ade ke? HAHHAAAA

Nuffnang Content