Kalau semalam kebanyakkan blog listed yang I link tak lupa jugak facebook status, semua cerita pasal Mother's day. Ucapan serta kata-kata mereka telah diexpresikan dalam pelbagai bentuk menunjukkan betapa sayangnya mereka-mereka ini terhadap ibu/mama/mummy/mak/umi mereka. sangat sangat sangat bangga dengan mereka yang masih lagi ada tanda hormat dan kasih terhadap golongan yang telah banyak memberi jasa ini.
Tahniah, ibu anda pasti bangga mendapat anak seperti anda!
Kalau semalam semua orang buat kata-kata yang menyentuh jiwa dan sanubari semua pihak ketika membacanya, I pon tak nak kalah jugak. so entry kali ini I nak cerita kenangan manis serta pahit selama I hidup 20 tahun bersama-sama orang yang paling I SAYANG kat dunia nih!
I ingat lagi, dulu masa kecik-kecik I lah orang yang paling manja sekali dalam family. mungkin disebabkan status I sebagai anak bongsu selama 6 tahun sebelum wujudnya kehadiran adik bawah I, wani ini lah yang menjadikan I kesayangan semua orang.
Ingat lagi masa kecik-kecik I,along,angah memang rapat. jarak umur kita orang pon tak jauh mana pon. selang 2 tahun setiap seorang. itu yang rapat sangat. Bila nak balik kampung or keluar jalan-jalan, kalau along,angah tak ada mesti I tak nak ikut.begitu jugak along dengan angah, mesti tak nak ikut. see,betapa akrabnya ktorg time tue.
Bila nak keluar jalan-jalan pulak, I ingat lagi mama mesti pakaikan ktorg bertiga baju sedondon aka boria. kaler sama, cuma pattern je lain. kalau dulu masa kecik-kecik pakai baju boria tak pe lah sebab tak ada perasaan. sekarang nak suruh pakai baju boria, memang reject habis habisan lah! I siap pernah cakap lagi dengan mama kenapa suka sangat pakaikan ktorg baju boria nih? then mama jawab 'senang kalau sorang tersesat, boleh bagi contoh baju orang sebelah' means, kalau angah tersesat nak kenal pasti dia pakai baju apa, refer je baju yang I pakai. kuikuikui, bijakkan mama I.

Bukan itu sahaja, disebabkan status I sebagai adik bongsu ini lah menyebabkan along dengan angah terpaksa beralah. Ingat lagi, mama pernah belikan angah patung teddybear sempena dia menang apa entah. nama dia zizi. perempuan. I nak sangat patung tue. siap merajuk habis lah. last-last macam mana entah mama pujuk angah, patung tue pon dapat lah kat I. disebabkan I rampas teddybear dia, sampai ke hari ini dia asyik ungkit je pasal zizi tue. siap cakap 'sebabkan ko lah aku tak dapat zizi' well,bluekk ingat aku kisah?
I suka sangat kenangan masa kecik-kecik dulu. especially bila dapat dua orang kakak. ingat lagi masa I darjah satu 1, I pernah pengsan tak sedar diri tengok tengok badan dah ada kat atas lantai dengan kerusi-kerusi yang I duduk tadi. masa tue lah first time I rasa macam mana bila pengsan. I pengsan pon sebab kena suntik BCG kot. tapi kena suntik lah. dan now baru I sedar, I tak boleh kena suntik. bila suntik je pengsan. memang ada history lah setiap kali suntik, pengsan. ingat lagi form 3, 2 kali pengsan. semua gara-gara suntikan apa entah yang buat dua kali tue. form 5 pon pengsan jugak lah. HE-HE, kat MMU pon pernah pengsan jugak! senang citer I tak boleh tengok darah!
Masa I pengsan tue pon I baru darjah 1.mujur lah time tue I satu sekolah dengan angah. angah darjah 3 dan kawan-kawan kelas I semua kenal angah. bila dapat tahu I pengsan je, ingat lagi ada seorang kawan I nama Amalina cepat-cepat pergi kelas kakak I bagitau I pengsan. angah I dah siap kol abah cakap I pengsan dan abah pon siap dah nak amik I bawak balik rumah. tetiba I pergi gatal cakap I okay, I tak nak balik rumah. boleh tak? kecik-kecik mengada konon okay. porahh
Tapi time tue I sangat terharu mempunyai kakak satu sekolah! yang boleh jaga I, yang boleh marah bila orang buli I dan tak lupa jugak yang boleh teman I pergi beli makanan. HE-HE. itu sebenarnya
Owh ingat lagi nickname mama kasi kat kita orang bertiga masa kecik-kecik dulu. Along ktorg panggil kakak, angah pulak adik and me, baby! HE-HE. Nickname tue masih lagi lekat even lepas wani lahir pon. ingat lagi, sebabkan nickname baby tue lah, I selalu kena jadi bahan perli bila balik kampung. kawan-kawan pon tak kurang jugak suka ejek I 'baby' padahal dah besar panjang.
Kalau orang tanya, apa istimewanya ibu anda? I akan jawab yang mama I nih sangat supportive, berfikiran terbuka and seorang housewife yang sangat rajin. Bila I ada masalah je, I selalu refer kat mama. I suka kata-kata perangsang dia sebab apa yang dia cakap buat I terfikir beyond what I expected. I suka bila mama I buat perancangan sebab apa yang dia rancang mostly untuk masa depan. Kita tak boleh predict apa yang akan berlaku in future but at least bila kita dah rancang, kita dah well-prepared dengan apa segala yang berlaku.
I jugak sangat bertuah bila ada seorang mama yang sangat sangat open minded especially bila bercakap tentang masa depan anak-anaknya. I ingat lagi, masa I form 3, I apply masuk sekolah teknik. I nak masuk pon bukan sebab mama paksa I cuma I amik experience dari kakak-kakak I yang pernah sekolah teknik dulu. I rasa macam I nak cuba rasa apa yang dorang rasa. nak amik course apa, sekolah teknik area mana semua depends pada I. mama cuma beri pendapat mana yang okay and mana yang tak je. cuma mama cakap kalau apply tue biar lah kat area KL je paling dekat. paling jauh pon kat negeri sembilan. beyond that area mama tak galakkan takut duduk jauh jauh I tak study. kalau jurusan pulak, I yang pilih perdagangan sebab I minat calculation. pernah lah jugak abah suruh I amik course engineering macam kakak-kakak I tapi I yang tak nak. entah lah I tak rasa berminat pulak.
Bila I cakap macam tue, mama dengan abah tak membantah lagi mengalakkan adalah.
I ingat lagi, masa mula-mula I masuk MMU dan telah bertekad untuk amik kos financial engineering nih pon mama asyik berulang ulang kali cakap kat I ' betul ke iya nak amik course nih. mama tak nak bila dah lama-lama baru rasa tak serasi. mama tak nak nanti iya anggap mama paksa pulak iya amik kos nih. nak belajar iya. bukan mama. mama tak rugi apa apa sebab nih semua masa depan iya jugak. apa yang mama boleh kasi, pendapat je '. even masa I still foundation pon mama still tanya benda yang sama takut takut I buat pilihan yang salah.
Lagipon mama yang pertama kali cadangkan I untuk amik kos nih. mungkin sebab itu lah mama takut macam mama paksa I pulak. padahal I dah teliti on course structure semua and Insyallah I yakin I mampu untuk carry semua.
I ingat lagi, bila time weekend, I suka menyibukkan diri kat dapur tolong mama masak untuk makan tengahari. I start rajin masuk dapur pon since I form 1 lagi. time tue lah I belajar resepi masakan dari mama. macam mana nak buat kari ikan, nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak, gulai ikan masak cili api,cekodok dan etc.
Bila orang tanya apa benda berharga yang ibu anda beri pada anda, I akan jawab resepi-resepi serta cara masakan turun temurun dari mama nih lah kenangan terindah I dapat! at least segala resepi yang mama ajarkan dah pon sedikit sebanyak telah pon diwarisi oleh I.
Betul lah kata orang, kawan boleh dicari. hari ini pergi, esok jumpa yang lain. kakak,adik, abang, ayah or even ibu pula tiada penganti!
To Mama,
' THANKS for everything you done for me. THANKS for being there whenever I need it. THANKS for being such a supportive person in our family. THANKS cause understand me. THANKS for your sacrifice towards me. THANKS THANKS THANKS. You're great MAMA ever! I LOVE YOU FOREVER AND EVER '
Sorry if I hurting you alot. I know I''m not a good daughter but I tried to be.
last but not least, mama take care of your health. I don't want something happen to you cause until now I still need you. I can't imagine my life without you. You are my everything mama!
P/S : syurga itu dibawah telapak kaki ibu. tak sabar pulak nak syurga dibawak telapak kaki sendiri. eh eh dia nih! ;)
No comments:
Post a Comment