Nuffnang Header

Monday, July 11, 2011

Transformer



Ya Allah, lama gilerrrrrrrrr tak update blog, kan!! Ayat klise, mak busy la you ollss. Ingat mak ni takda kerja ke nak update blog hari hari. Ish tak kuasa mak nok! Anyway, perkembangan terbaru? Mesti la nak cerita pasal Transformer dah terang terang tajuk post TRANSFORMER kannnn! Hiks! Ye, semalam baru je tengok Transformer Dark of The Moon dengan family. Dekat mana lagi of course la dekat Jusco Bukit Tinggi! Tempat feveret tengok wayang bagi kita orang satu keluarga. Almaklum la, Shah Alam kan takda panggung wayang. Tengok dekat the nearest shopping mall la. Oh sejak ada highway LKSA, Jusco Bukit Raja dah tak main dah! So kecik and so sempit. Tak kelas gitu eceh! :)



Nak review pasal Transformer la since tak pernah tak tengok cerita ni dari Transformer first lagi. Yang latest one ni, walaupon lama sampai 2 jam setengah still rasa tak bosan kalau dibandingkan dengan Transformer kedua. Tak bosan mungkin sebab banyak action PLUS wehh ketua Army tu hensem kannnnnn!! Aku usha mamat tu je kottttt. Sam? oh so not my taste. Army tu nampak gagah perkasa especially part dia bagi arahan kat orang bawahan diaaa. Oh melting! =__= hiks!



Walaupon dia dah lama dalam Transformer ,TAPI KENAPA BARU SEKARANG AKU NOTICED DIA? HEH?



Tapi aku tak tahu la kenapa, sepanjang aku tengok cerita Transformer semalam, tetiba aku boleh teringat kata kata sorang kawan aku yang tak minat tengok cerita berunsur robotik lawan lawan dengan manusia macam Transformer ni. Entah kenapa bila dia cakap macam tu tetiba aku rasa macam 'eh betul la' eh a'ah la'. Boleh sampai ke satu tahap aku rasa aku tengok cerita Power Rangers zaman dulu dulu tu. Robot berkerjasama dengan manusia untuk menyelamatkan bumi. Got me?



Haaaa, macam tu la apa aku rasa!



Tapi itu la pelikkan. Dah lama lama sekarang baru aku sedar pasal hal ni. Sekarang baru faham perasaan kawan aku tu.
WHY LA!!! WHY!!!!



Anyway, last but not least, nak kongsi kat korang semua video tarian kawan kawan aku untuk subject coco dorang, iaitu National Dance. Aku ni tukang PA group dorang je iye la nak masuk takdapat sobs sobs. Disebabkan tak dapat join, beria ia la aku datang kelas dorang semata mata nak tengok dorang buat ujian Joget ni haa. Siap recode video lagi tau! Group group lain takda pon PA macam aku ni ha. Datang kelas orang lepastu slumber berdiri dekat depan amik video. Sweet tak, sweet tak sayaaa??!! :)



Enjoiceeeeeeee!






Next tarian coming upppp! Zapin!!
Ada video jugak! Tungguuuuuu

No comments:

Nuffnang Content