Nuffnang Header

Sunday, July 17, 2011

Novel Collection

Dulu, aku ni takda la minat baca novel. Kebetulan baca pon sebab bosan. Ala zaman sekolah dulu mana minat benda benda macam ni. Baca buku text pon malas ini pulak nak baca novel. Urgh tolong la! Start berjinak jinak dalam dunia novel pon bila Along suka beli buku novel. Tetiba tengok cover buku macam menarik so aku baca la. Ye, ini la sebenarnya habit aku. Kalau nak start tengok or baca sesuatu cerita, benda pertama aku tengok mesti cover! Cover tak molek, gua tak baca beb! Sama la kalau tengok movie. Pertama sekali aku tengok, mesti poster. Kalau orang lain mesti tengok trailer dulu kan. Kalau aku tak. Aku kena tengok poster dulu. Heh? Pelik..., tapi benar! hiks :)



Sejak dah meningkat dewasa ni, rasa berkurun dah tak baca novel. Yela selama ni mana pernah beli. Amik belas kasihan orang je mana tak berkurun hikhik. Tapiiiii sejak sebulan yang lepas, sejak bukak new sem ni la, aku dah start baca novel balik. Aku target seminggu WAJIB baca satu novel. Alhamdulillah, disebabkan kemerosotan Cyber Tracker tercinta sejak menjak ni, aku berjaya jugak menghabiskan novel dalam masa seminggu. Means, every week aku balik rumah, every weeks jugak aku tukar buku. Dah macam library pulak rumah aku ni kan :)



Koleksi novel novel terbaru memang berlambak gilerrrr kat rumah sekarang. Tiba tiba Mama cenderung pulak nak baca novel. Aku ingat Mama hanya layan novel novel reader digest dia je rupa rupanya novel melayu pon dia layan. Aku apa lagi, dah ada sumber sumber novel terkuat dirumah aku join venture ah! Dah la baca free, memang best ah! hiks :)



Since rumah dekat dengan Karangkraf, kat situ la Mama selalu beli novel. Tak pergi MPH or kedai kedai buku tapi terus direct pergi Karangkraf sebab kalau beli kat sana dapat 15% discount bagi setiap buku. Itu yang berlambak giler novel kat rumah ni ha.



Ini merupakan novel pertama aku baca bila start sem baru. Cerita ni boleh la. Yang aku tahu pasal author ni, dia suka buat cerita pasal pergolakkan rumah tangga.


Second novel :)
Minggu kedua baca novel ni aku memang busy giler. Sehari berapa helai je aku baca. Tapi disebabkan semangat yang kental, kebetulan aku baca novel ni betul betul diminggu drama Nora Elena akhir. Aku apa lagi, hari khamis tu Marathon buku ni sampai habis kot. Sanggup sebab nak tahu ending sama tak dengan drama. Finally habis jugak baca before last episode pukul 7pm tu. Hebat tak? hiks :)


Third :)
Buku ni nipis je. Berjaya jugak habis dalam 2-3 hari walaupon busy dengan classes


Fourth! :)
First time baca karya dari author lelaki hiks! Okay la best! Fun! :)


Fifth! Ombak Rinduuuuuu :)
First time ever aku nangis baca novel buku ni la! Memang betul betul dasyat la! Tak sangka sedeh! Dan tak sangka jugak aku boleh nangis baca buku ni! Now, can't wait for the film!


And now, my current novel for this week. Sixth novel, Bisik Bisik Gelora recommended by Mama siapa lagi kan sebab aku cerita kat Mama yang first time aku nangis baca novel Ombak Rindu tu. Mama kata nouvelis Fauziah Ashaari memang terbaik ah! Mama kata mama nangis kot baca novel ni. Sama jugak Mama sedeh baca novel Ombak Rindu karya dia jugak. So I must read it!



So far, current novel tu aku kena hold sekejap sebab minggu depan ada midterm exam. Subject major 2nd paling susah after FYP :( Insyallah after midterm next Wednesday, aku start baca. Tapi nampaknya terpaksa amik masa 2 minggu la untuk habiskan. Apa pon ini semua bergantung pada Cyber Tracker ye kawan kawan. Kalau Cyber Tracker tak best, aku boleh Marathon baca buku ni in only 1 days! :)

3 comments:

Baha Andes said...

Sudah baca Syirah nabi pa blum?
novel memang mengasikkan tapi kita juga harus membaca Syirah Nabi karena disana banyak yg dapat kita jadikan contoh dalam kehidupan sehari-hari.

ScHaN ® said...

minat dah baca novel? ahahah

aku rasa satu novel ni ko perlu baca.. nak tau sebab hape? sila baca entry nie.. http://akuschan.blogspot.com/2011/06/antara-benci-dan-rindu.html

e y R a said...

cit sebab ada nama kau kannnn. belikan laaaa aku nak tengok jugak sejahat mana si Yusrizal Samari ni opssss

Nuffnang Content