Aku Tak Bodoh. Filem yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak kehidupan realiti ibubapa melayan karenah anak anak zaman sekarang. Penuh dengan berliku liku cabaran tapi realitinya mereka ini tidak la sebodoh yang disangka. Mungkin pandai tu tidak la cuma kurang cerdik je. Lagipon baik, buruk perangai anak anak semuanya datang daripada didikan ibubapa sendiri. Takdanya istilah Kau bodoh ke, Aku bodoh ke sebab manusia semuanya sama.
Walaupon cerita ni dah agak lama tapi aku rasa cerita ni memang seronok dipertengahkan. Ada moral behind this movie. So taknak cakap banyak. Disini aku listkan beberapa review filem Aku Tak Bodoh yang aku rasakan memang inilah sebenarnya realiti yang berlaku sekarang.
1) Mentality ibubapa zaman sekarang bila markah ujian anak tak mencapai gred apa yang dorang nak. Bukannya nak puji ke apa tapi lebih kepada sikap mengkritik. Lepas itu cuba nak bandingkan zaman dorang belajar masa dulu dengan zaman belajar sekarang.
2) Apa yang kita suka tak semua ibubapa kita suka. Macam kita tak suka makan sayur tapi ibubapa kita paksa jugak kita makan sayur. Kadang kadang ada setengah ibubapa merasakan dengan menentukan kejayaan dan masa depan anak anak itu yang terbaik tapi sebenarnya tidak. Lagi menyiksa jiwa anak anak mereka ada la.
3) Cikgu cikgu pulak. Bila anak murid dapat markah tercorot sikit suka sangat nak menghukum dorang. Berdiri atas kerusi la, berjemur bawah cahaya matahari la, cubit la, rotan la. Kononnya nak bagi dorang sedar. Tapi kalau ikut logicnya ini bukan caranya. Budak budak zaman sekarang ni lebih cenderung kepada nasihat yang membina. Sokongan yang boleh push dorang untuk berusaha lagi. Bukannya dengan cara menyindir. Terutamanya bagi murid yang dah berusaha tapi setakat itu je usaha yang dorang mampu. Kalau macam ini la sikap cikgu cikgu, buat dorang lagi down tahu?
Murid murid dari kelas bawahan aka budak budak yang tak berapa nak pandai pulak, cikgu cikgu yang mengajar macam mengajar cukup syarat je. Terlalu fokus sangat pada murid murid yang pandai. Okay la fine. Sesetengah sekolah buat macam ni pon sebab nak mengawal serta mengekalkan prestasi sekolah supaya murid yang pandai ni dipupuk menjadi lebih pandai. Tapi okay la dah pandai nak jadi pandai lagi tapi macam mana dengan murid yang tak pandai ni? Takkan tak pandai nak biar jadi selamanya tak pandai pulak kan?
4) Betul la orang kata drama dalam tv ni kadang kadang memberi influence yang kurang baik pada anak anak terutama sekali anak anak yang masih kecil. Walaupon dorang ni masih kecil tak tahu apa apa, tapi sebenarnya dorang ni bukannya bodoh. Perasaan ingat tahu dorang pada ketika itu sangat tinggi. Itu la gunanya ibubapa dengan memberi ajaran yang membina untuk mereka kembangkan lagi minda dorang.
5) Anak anak yang buat salah, ibubapa pulak yang suka menyalahkan masing masing. Si Ibu menyalahkan si Ayah. Si Ayah pula menyalahkan si Ibu. Itu la manjakan dia sangat, tugas awak sebagai ibu, keje saya cari nafkah and blablabla. So typical drama melayuuuuuuuu. Tapi realitinya masih ada lagi ke?
6) Betul la apa yang dikatakan dalam cerita tu. Cuba tengok orang putih. Anak dorang pandai ke tak pandai ke tetap dorang bagi pujian. Bagi kata kata pedoman yang terbaik untuk mereka. Yela, kata kata ibubapa tu kan satu doa.
7) Sesetengah anak anak selalu menganggap ibubapa ni tak sayang dorang. Asyik kena marah, kena pukul. Tapikan sebenarnya, ibubapa buat macam ni pon sebab dorang sayang sangattt dekat anak anak bukannya dorang tak sayang. Bila anak anak buat kesalahan, ibubapa jugak la yang bantu kita. Tapi apa kita nampak? Kita hanya nampak Ibubapa ni jahatttt je. Suka nak mengongkong. Kita sebagai anak anak selalu fikir negative pasal ibubapa kita sendiri. Bila marah sikit, pukul sikit, tak sayang kita la, apa la. Ibubapa yang macam ni sebenarnya sayang anak anak dia. Cuma sesetengahnya tak reti nak tunjukkan kasih sayang dia pada anak anak. Mungkin sebab nenek moyang dorang macam tu jugak kot?
8) Dalam diri setiap anak anak, walau sebesar mana kelemahan yang kita nampak, ada jugak kebaikkannya. Orang kata jadi ibubapa ni bukannya senang. Sama la jugak jadi anak ni. Buat baik salah, buat jahat lagi la salah. Cuba memahami anak kita ni betul betul. Discover apa yang dorang suka, apa yang tidak. Apa kelemahan dorang, apa jugak kekuatan dorang. Baru la boleh wujud keluarga saling faham memahami :)
Macam aku ni. Pernah la kadang kadang kalau balik rumah jarang kongsi cerita suka duka dengan Mama, Abah, kakak-kakak atau adik adik sebab aku rasa kalau cerita dengan dorang macam no point at all. Takda respon apa apa pon. Boleh dikatakan dorang lebih anggap aku seorang yang tak matang dalam pemikiran. Lebih kepada childish. Tapi sebenarnya itu bukan diri aku. Itu la sebabnya aku jadikan blog ni macam diari aku sendiri. Aku nak orang tengok cara penulisan aku sebab dari penulisan la kita boleh tahu pemikiran seseorang. Samada dia tak matang, kebudak budakkan or etc.
Itu la apa yang berlaku bila kita selalu sangat berpegang teguh pada tradisi dan adat resam nenek moyang. Pepatah melayu sendiri pon ada kata, 'Mana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi' Macam itu la yang berlaku pada tradisi kita. Macam mana kita behave masa muda muda dulu macam itu la anak kita satu hari nanti.
Apa apa pon, after tengok cerita Aku Tak Bodoh just now, make me think like ah, ho, a'ah, erk, yalaaaaaaaaaaaaaaaaa. Eventho aku selalu fikir Mama macam tak understand aku, tak tunjuk sayangnya dia kat aku, selalu kena marah, selalu kena membebel sebab kesalahan kecik je, sometimes buat aku down tapi Mama are still the besttt Mama in the world!
Mama,
Iya tahu apa yang Mama buat selama ni bukan untuk Mama seorang je tapi untuk anak anak Mama jugakkan. Iya pon tahu Mama tak kisah kalau Mama tak dapat beli baju baru yang cantik cantik, yang mahal mahal, yang branded branded macam orang lain asalkan anak anak Mama dapat makan, dapat sekolah, dapat hidup dengan selesa sebab bagi Mama kesenangan anak anak la yang paling utama. Iya jugak tahu Mama taknak anak anak Mama hidup susah macam Mama dulu kan. Eventho Mama tak ada harta berjuta juta tapi Mama ada anak anak kan. Harta Mama yang paling berharga sekali sebab dalam dunia ni sebab Mama takda sesiapa. Mama hanya ada kita orang je kan. Kita orang ni la dunia Mama dan kita orang ni jugak la nyawa Mama.
HAPPY MOTHER's DAY, MAMA!
Iya sayang Mama sangattt sangattttt :)
P/S : Walaupon Hari Ibu dah lepas tapi hari hari pon hari hari ibu jugakkan. Taklupa juga Hari Bapa. Dah memandangkan Hari Ibu baru je sambut, kita sambut hari ibu dulu. Nanti kita buat pulak entry pasal Hari Bapa pulak yaa :)
1 comment:
review yang bagus.
anak-anak sekarang pun dah lain.
cepat sgt terpengaruh dengan sekeliling + kadang-kadang tak nak pikir pasal kebaikan untuk diri sendiri.
Post a Comment