Nuffnang Header

Sunday, October 25, 2009

4 days trip : Lawatan ke Kampung Abah

Selesai sudah majlis pertunangan kak chik. masa untuk kembali ke negeri kelahiran tercinta pulak. sekali lagi 8 hour journey kena tempuh. but this time almost 10 hour jugak la. sebab singgah sekejap kat kampung abah di Selama, Perak.

Balik kampung abah pon sebab aku sendiri yang request nak tengok tanah abah kat sana. tanah yang selalu mama, abah dan adik-adik cerita. tapi just sekejap je la singgah. tengok tanah, singgah rumah kakak abah * abah anak bongsu* , borak-borak pastu teruskan perjalanan ke Shah Alam balik.

request nak tengok pon sebab tak pernah tengok sebelum nie *sob sob*. kami sekeluarga dah jarang balik kampung abah since dah tak da apa pon kat sana. bila Hari Raya memang always balik kampung mama je. abah pon tak kisah sebab abah kami sangat sporting.
( senang gyler bila kampung parents one way je kan. tak da la berebut-rebut nak balik kampung mana bila Raya ). kalau balik kampung abah pon masa on the way nak balik shah alam. itu pon just singgah je.

tapi mama, abah dengan adik-adik dah pernah tengok tanah abah before this. cuma aku dan along je tak pernah tengok. bila dah dapat tengok, agak terkejut jugak la sebab boleh tahan besar. mama dan abah pon dah banyak buat perancangan masa depan untuk tanah tue nati.tapi semuanya akan dilaksanakan bila mama dengan abah dah bersara.

Apa yang aku tahu, mama kata nak pindah duduk sana. nak bina rumah, nak bercucuk tanam, nak bela kambing, lembu, unta, kerbau, anai-anai, serigala, harimau dan apa-apa je la yang boleh di bela asal mendatangkan pendapatan yang lumayan. almaklum la bila orang dah pencen, nak buat apa lagi kan. tak kan nak duduk rumah goyang kaki je. baik usahakan apa yang patut. at least tak da la rasa bosan.

untuk pengetahuan anda semua, kalau planning itu menjadi. kami sekeluarga akan pindah ke sana selepas ini. no more Shah Alam citizen okeee.

*Lokasi : tanah abah*



( si gedik sungguh bersama si paling gedik wanny, si panjang wana dan si sengal along )

*Lokasi : rumah kakak abah*

sempat jalan-jalan kat belakang kampung tengok pokok durian, pokok rambutan dan juga angsa kesayangan Abuzar.


( since Abuzar nie suka sangat kacau binatang yang tak ada di bandar dan dia pulak rajin pergi ke belakang kampung untuk tengok angsa kesayangannya, so aku suruh la dia tangkap gambar "bersama" angsa-angsa nya. Dengan begitu BIJAK sekali, ini yang dia kasi : )

( haaaa, tak ke Bijakkkk namanya. adik sapo la tue. kakak dia mesti bijak jugak kan )

( owh duriannn, kenapala eko tak jatuh-jatuh lagi nie? eden dah mengidam sungguh! )


( pokok durian lagi okeee. banyak tak terkira you)

( the rambutans )


* Lokasi : R&R Sungai Perak*


( jalan-jalan mencari buah-buahan )


now, berakhir la sudah 4 hari trip aku dan family ke Utara Semenajung Malaysia. kalau rasa bosan tue, harap maaf la ye. kepada yang tak jemu-jemu reading, thanks anyway.

gudbye, adioss.

* The end *



sides notes;
sory wana terlupa nak ajak ko sekali join majlis pertunangan tue. sumpah tak tipu, dah habis majlis 2,3 jam tue baru ingat ko. hehe. jangan marah ye sayang. promise next year kak chik kawin aku datang lawat ko kat Uitm, Arau tue okeee??

No comments:

Nuffnang Content