5 Babak Yang Paling Mengelirukan Dalam Transformers : Revenge Of The Fallen
- Dalam babak peperangan besar-besaran di’tengah kota Los Angeles — maafkan kami, Mission City — sepatut’nya ia di’saksikan oleh ribuan penduduk, sekurang-kurang’nya. Namun, agak pelik juga apabila kerajaan US mampu menutup keseluruhan cerita peperangan tersebut, dan yang paling kami tidak boleh tahan, kewujudan alien robot hanya’lah merupakan khabar angin di’ internet? Fikir logik, macam mana mereka buat? Bayar semua orang yang berada di’sana untuk menutup mulut, serta membelanja’kan jutaan dollar untuk baiki segala kerosakan, macam tu?
- Kalau di’ikutkan, terdapat 2 keping Allspark yang tinggal: satu berada di’dalam kawalan ketat tentera, manakala satu lagi di’jumpai oleh Sam. Decepticons mencuri Allspark untuk membawa kembali Megatron. Tetapi, bila Sam ingin menghidup’kan kembali Optimus, dia perlu mencari kunci Matrix of Leadership di kawasan padang pasir. Kenapa tidak guna’kan sahaja Allspark yang lagi satu? Allspark itu sememang’nya berada dalam begpack Mikaela sepanjang masa. Andai kata Allspark berkenaan boleh membuat’kan barangan dapur Sam hidup, kenapa tak boleh lakukan perkara yang sama terhadap Optimus? Hebat sangat ke Optimus ini?
- Bercakap mengenai kelahiran semula Megatron, tatkala Decepticons turun ke laut dalam untuk menghidupkan’nya, pihak tentera laut dapat mengesan 5 robot melalui sistem radar mereka. Kalau di’ingatkan kembali, Decepticons menghancurkan sebuah robot kecil untuk membina semula Megatron. Tapi yang pelik’nya, apabila mereka naik semula ke permukaan air, pihak tentera yang sama dapat mengesan 6 robot. Pelik juga, bukan ke patut 5 sahaja?
- Sam tiba-tiba mati & pergi ke syurga robot..Erk, robot pun ada syurga ke?
- Bumblebee masih tidak boleh bercakap dalam filem ini. Dari apa yang kami masih ingat, rasa’nya kotak suara Bumblebee sudah di’baiki dalam filem yang lepas.
No comments:
Post a Comment